Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mei 03, 2009

Nizar : Pakatan Rakyat Untuk Semua



Orang-orang Melayu yang tinggal di kawasan bandar dan pekan sudah semakin menerima perjuangan PAS. Bagi orang Melayu yang tinggal di pendalaman, mereka mudah percaya dengan tohmahan yang dibuat oleh media arus perdana pro kerajaan. Bagi mereka, apa saja yang disiarkan oleh media pro kerajaan ini semuanya benar.

“Kita menolong mereka yang dipinggirkan oleh UMNO dan kita juga berusaha membantu mereka ini untuk meyakinkan mereka bahawa kita mengamalkan konsep keadilan dan ketelusan”, Kata DS Nizar Jamaluddin.

“Kita tidak hanya membantu ahli-ahli PAS atau penyokong Pakatan Rakyat sahaja, sebaliknya kita akan bantu semuanya jika mereka benar-benar layak. Kalau UMNO mereka cuma bantu ahli saja itupun yang rapat atau kroni tapi kita tidak, kita akan usahakan untuk membantu semua rakyat,.” beliau tambah.

Rakyat bukan hanya di Perak tetapi di seluruh negara mahukan politik baru yang dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Politik baru yang dimaksudkan bukan lagi politik bersifat perkauman.

Ditambah dengan kerjasama yang terjalin dengan rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat, politik baru ini semakin diterima oleh semua rakyat tanpa mengira agama dan juga bangsa.

DS Nizar cukup yakin bahawa Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk membentuk sebuah Kerajaan Persekutuan selepas Pilihanraya ke13.


BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila@gmail

2 ulasan:

  1. HANGPA NI BERLAKON PERGHHH, KALAU RAJNIKANTH TENGOK PUN DIA TAKUT LA!

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama3/5/09 3:26 PG

    TU LA SAPA SURUH HANG TENGOK FILEM TAMIL BANYAK SANGAT. SEMUA BENDA YANG HANG TENGOK NAMPAK RAJANIKAN....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive