Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mei 08, 2009

Nizar Perak: PERLANTIKAN SPEAKER BN SAH-SAH TAK SAH !!!



TENGOK CARA LANTIK PUN DAH TAU..
ADA KA PATUT,USUL DITOLAK BOLEH TUKAQ JUGAK?
SAH-SAH TAK SAH!!!
DEPA INGAT SPEAKER MASJID KE?


Dun Perak: Pelantikan Speaker BN tidak sah!

Intan Abdullah

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Hrkh) -PAS membantah sekeras-kerasnya tindakan polis yang melakukan tangkapan ke atas pimpinan ,wakil rakyat Pakatan Rakyat serta orang ramai yang berhimpun sekitar Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar mempersoalkan perintah mahkamah yang dipohon polis untuk menghalang orang ramai daripada berkumpul di kawasan tersebut.

"Pihak polis tidak mempunyai alasan untuk melakukan tangkapan dan memohon perintah mahkamah untuk menghalang orang ramai berhimpun kerana tiada sebab kenapa rakyat tidak boleh berada di sana," ujarnya kepada Harakahdaily.

Ketika diminta mengulas mengenai pelantikan speaker baru Dewan undangan negeri Perak, Kamarudin yang juga ahli parlimen Tumpat menyatakan bahawa ianya tidak sah kerana speaker yang ada masih ada.

Menurutnya, seseorang speaker hanya akan dilantik apabila terdapat kekosongan yakni selepas berakhirnya suatu pilihan raya umum, pembubaran dewan, peletakan jawatan atau meninggal dunia.

"Sebaliknya sekarang ini tiada kekosongan dan tidak ada sebarang peruntukan mesyuarat untuk memecat speaker, malah pemecatan speaker tidak sepatutnya berlaku kerana usul mengenainya tidak sah.

"Hal tersebut disebabkan usul yang dikemukakan Adun BN itu dibuat selepas mereka dihalau keluar daripada dewan tersebut.

"Oleh yang demikian, ianya tidak dikira sah dan tertolak," demikian katanya ketika mengulas perkembangan semasa di Dun Perak sekarang ini. - mks._


harakahdaily

BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive