Khamis, Mei 14, 2009
NIZAR VS ZAMBRY: KUNCI PADA RAKYAT
Anwar: Kunci Selesai Konflik Perak Pada Rakyat Bukan Mahkamah
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemelut politik di Perak bukanlah isu yang boleh diselesaikan di mahkamah.
Sebaliknya, beliau yang juga ketua umum PKR berkata, ia hanya boleh diselesaikan melalui pilihanraya yang bebas dan adil.
"Penyelesaiannya bukan pada istana atau mahkamah, tetapi mahkamah rakyat yang akan menentukannya," katanya.
Sehubungan itu, Anwar mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengadakan pilihanraya baru di Perak bagi menyelesaikan kemelut politik sekarang.
Apabila beliau bertanya mengapa Najib perlu takut untuk mengadakan pilihanraya baru di Perak, kira-kira 3,000 hadirin yang memenuhi dewan tersebut melaung: "Takut kalah". Najib dikaitkan dengan tindakan BN merampas kuasa di Perak dari Pakatan Rakyat.
Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan demikian dalam satu forum di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi.
Tajuk forum tersebut bertajuk 13 Mei hingga 1 Malaysia: Masa depan pembinaan negara Malaysia, anjuran pejabat ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.Ahli panel lain ialah pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur serta Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Ketibaan mereka menerima tepukan gemuruh para hadirin.
Kemelut politik antara BN dan Pakatan Rakyat semakin parah apabila jawatan menteri besar salih berganti disandang oleh wakil kedua belah pihak.
Sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu juga menyaksikan berlaku kekecohan dan pergaduhan antara kedua belah pihak, termasuk insiden Speaker V Sivakumar diseret keluar DUN.
Kelmarin Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.
Berikutan keputusan tersebut, Zambry Abd Kadir mendapatkan perintah mahkamah untuk menangguhkan penghakiman mahkamah tinggi itu.
Beliau kembali mengisi pejabat Menteri Besar namun kuasa-kuasanya sebagai ketua kerajaan negeri dipertikaikan oleh pelbagai pihak termasuk Majlis Peguam.
Mengulas lanjut mengenai kemelut di Perak itu, Anwar menyifatkan Nizar sebagai "Bendahara Tun Perak yang baru".
Mengenai 13 Mei pula, Anwar berkata, selepas peristiwa tersebut, pelbagai slogan perpaduan dilaungkan - termasuk Islam Hadhari dan 1Malaysia - tetapi menurutnya tidak ada sebarang perubahan dasar.
"Malaysia tidak perlukan slogan baru, tetapi dasar dan program baru kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya.
Katanya, program dan dasar yang diperkenalkan mestilah mengambil kira kepentingan seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum, terutamanya yang miskin dan terpinggir.
Sementara itu, Kit Siang menyifatkan tanggal 7 Mei sebagai 'hari yang memalukan apabila Speaker V. Sivakumar diseret keluar daripada DUN Perak dan stesen TV dilarang menyiarkan gambar insiden tersebut.
"Tiada lagi 13 Mei, tetapi 7 Mei - hari yang memalukan," katanya, sambil menyifatkan pelik keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi - yang mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah - dalam masa yang singkat.
Beliau juga menyindir Zamry sebagai "3 in 1" -- Mandela-Gandhi- Zambry.
Lim juga menyelar rencana di Utusan Malaysia baru-baru ini yang berjudul "Malaysia di ambang republik".
Katanya, akhbar itu menyiarkan laporan berunsur "hasutan, fitnah dan dusta" dan patut diheret ke mahkamah.Sementara itu, Nizar pula berkata, 13 Mei dan politik perkauman wujud akibat warisan penjajah sebelum merdeka.
Katanya, keharmonian kaum sejak ratusan tahun di Malaya sebelum itu, antaranya melalui hubungan perdagangan, tidak mempunyai sebarang masalah.
Menteri Bbesar Pakatan itu mendakwa, Umno menjadi penerus kepada politik perkauman penjajah.
Katanya, kerajaan Perak yang diwakili ADUN pelbagai latarbelakang kaum, jantina dan profesyen, telah berjaya menjamin keharmonian pelbagai pihak - tidak seperti yang berlaku di Terengganu.
Katanya, konspirasi BN di Perak bermula sejurus selepas kemenangan Pakatan dalam pilihanraya umum lalu, dengan tawaran wang berjumlah jutaan ringgit kepada ADUN Pakatan supaya melompat parti.
TVA
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
Mei
(363)
- PKR MENANG BERGAYA
- LIVE DARI PENANTI
- TERKINI DARI PENANTI
- PENANTI: JOM PAKAT PI MENGUNDI
- SPR BUANG TABIAT?
- LAWAK AHAD: TEH PANAS
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 30 MEI 2009
- ATUK NENEK DAN CUCU CICIT UMNO SAMA KE?
- Lim Beri Keterangan, Gobala Pula Dipanggil Polis
- UMNO BN GUNA TAKTIK LARI KE TAIWAN
- UMNO BN Gerun Program Atasi Kemiskinan Tegar Pulau...
- Rayuan Zambry Diterima???
- Dana Awam Dibelanjakan Secara Culas, Pakej Ransang...
- Warkah Untuk Kak Min
- KATAK 2SEJOLI DAN SI TANGGANG
- Kemelesetan: Rakyat Kian Gusar, Umno Terkial-kial
- PKR Bantah Umno Ceramah di Penanti
- UPP rampas barangan seks dari China
- Nasihat tidak mengundi, seruan Khairy menghasut - ...
- Panduan dan Doa Mendapat Pasangan yang Soleh.
- UMNO Halalkan Apa Yang Haram
- Umno Cuba Perdaya Pengundi Penanti, Anjur Lawatan ...
- Umno Penanti Bawa Lari Pengundi Ke Padang Besar
- PRK M.U 14 JULAI 2009
- GAMBAR TERKINI DARI PENANTI
- PENANTI: UMNO BN TURUT PERANG BENDERA
- TARIKH PRK M.U DITENTUKAN HARI INI
- ADUN Bebas Terima RM3 Juta Daripada Najib?
- MARI KITA LIHAT SIAPA YANG KENA...
- LAWAK PAGI RABU: Tersasar Lagi
- Mufti Perak dicabar letak jawatan, bertanding pili...
- KEDAH TEWAS LAGI
- DEBAT ZAMBRY VS NIZAR: RAIS TUNGGU
- Ketua-Ketua Kampung Saman "Menteri Besar Mahkamah"
- RAKAMAN SEMBANG KOSONG?
- Nizar : Zambry kena bubarkan DUN kalau dia anak ja...
- LELAKI MENGAMUK MAUT KEMALANGAN
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 26 MEI 2009
- 14 Tahanan Dibebaskan
- Kedah hutang RM2b ketika Pakatan ambil alih
- NIZAR MENANG DI HATI RAKYAT,ZAMBRY MENANG DI HATI ...
- UMNO: HANGPA BUAT ROMBONGAN TAK AJAK AKU YE
- Hangpa Jangan Dok Peleceh Umno BN
- UMNO: OOO BUAT ROMBONGAN TAK AJAK AKU EK??
- TERKINI : WAKIL RAKYAT TURUT DITAHAN
- PR MAHU BAWA PERUBAHAN BUKAN DABIK DADA
- Polis ganggu majlis puasa sunat/mogok lapar, lima ...
- Kejayaan Umno 2004 tak mungkin berulang
- Puasa sunat Nizar diputar belit media
- Nizar vs Zambry: NAK BERDEBAT PULAK
- Mogok lapar di Perak - Ustaz Ahmad Awang beri penj...
- ZAMBRY BUAT LAWAK
- Pas ajak rakyat berpuasa
- Anwar: Jauhi politik perkauman, sokong pemimpin be...
- Siri Lawak Badut Nasional Sudah Bermula
- CATATAN PENANTI DS ANWAR
- Pilihan Raya Kecil lebih aman tanpa BN - Nizar
- Hadi: Pakatan mahu bawa rakyat keluar dari kemelut...
- JANGAN MAIN-MAIN DENGAN KUASA RAKYAT
- Jumlah undi, indikator pada sokongan Pakatan Rakyat
- HANG JANGAN DOK BUAT LECEH
- Tanda Jelas Umno BN Akan Berkubur
- Nizar vs Zambry: KOMEN SPONTAN PROF. DR AZIZ BARI
- WABAK PERAK BERJANGKIT PPP?
- Keputusan mahkamah satu skrip dan matinya demokrasi
- UMNO BN HARAP MAHKAMAH,PR HARAP KUASA RAKYAT
- Penanti: Jentera Pakatan Rakyat turun ke kampung
- UMNO PAS: BERCITA CITA INGIN JADI CALON PRK DUN MA...
- Rampasan Kuasa Umno-BN Di Perak Ala Lanun Somalia
- LAWAK AHAD: TELUR AYAM
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 23 MEI 2009
- Umno Pas: Manik Urai Jadikan Hadiah Untuk Najib
- PENANTI: SIAPA DIA AWEK NI?
- Nizar: Kalah Di Mahkamah Rayuan, Menang Di Mahkama...
- KEMPEN PENANTI: SAKSIKAN DRAMA DI KACA TV
- umno fobia: ADEGAN YANG DIRINDUI DI PENANTI
- PENANTI: AMINAH NAK DEDAH BUKTI
- umno fobia: PENANTI 4 CALON BERENTAP
- umno fobia: LIVE DARI PENANTI
- umno fobia: SEKITAR PENAMAAN CALON PENANTI
- UMNO BN AKAN KALAH TERUK DI M.U
- MAHKAMAH RAYUAN KETEPIKAN DOKTRIN RAJA BERPERLEMBA...
- UMNO BN JANGAN TERUJA LEBIH-LEBIH SANGAT
- LIVE DARI MAHKAMAH RIMBARAYA
- KEPUTUSAN LIGA PERDANA 22 MEI 2009
- Nizar vs Zambry: ENDING YANG MEMUALKAN
- umno pkr: JOM PAKAT PI PENANTI HUJUNG MINGGU INI...
- Nizar vs Zambry: Adakah wujud unsur diatur dalam k...
- Nyanyi Happy Birthday To You Dalam Black Maria
- Nizar vs Zambry: ZAMBRY MENANG
- Nizar vs Zambry: LIVE DARI MAHKAMAH
- Nizar vs Zambry: NIZAR AKAN MENANG PETANG INI
- SIDANG MEDIA NIZAR
- ADUN Manek Urai Kelantan meninggal dunia.
- NIZAR ZIARAH KELUARGA JAFRI
- Nizar Zambry : Pilihanraya Perak Akan Diadakan Bil...
- MIMPI SEORANG GADIS
- Najib bawa UMNO BN ke hujung senja
- Nizar vs Zambry: ESOK MILIK SIAPA?
- Umno usah degil pertahan kubu rapuh di Perak
-
▼
Mei
(363)