Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Mei 05, 2009

pas umno: Camry Hampakan Zambry




Tindakan Menteri Besar kudeta Perak melelong kereta Toyota Camry yang menjadi kereta rasmi MB dan Exco Pakatan Rakyat nampaknya tidak mendapat perhatian seperti mana yang beliau kehendaki.

Menurut Sekretariat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hanya tujuh borang tender diterima untuk membeli 16 kereta Toyota Camry itu yang didaftarkan pada Januari lalu.

Harga tawaran untuk membeli kenderaan itu ialah pada harga pasaran RM148,000 setiap satu dan tempoh dibuka sejak 28 April lalu sehingga tengah hari ini.

Menurut Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Shamshuzaman Sulaiman sebanyak 40 borang telah dikeluarkan sejak minggu lalu.

MB kudeta Dr Zambry Abd Kadir sebelum ini yakin kesemua kereta Toyota Camry itu akan menjadi rebutan pembeli malah beliau berkata mungkin kereta tersebut akan dibeli pada harga yang lebih tinggi daripada harga asal.

Lelongan 16 kereta tersebut mendapat kritikan daripada Pakatan Rakyat yang menyifatkan tindakan Zambry lebih kepada unsur membalas dendam serta satu usaha pemaziran disebabkan kereta Toyota Camry itu semuanya baru berusia tiga bulan.

Kononnya atas rasa patriotik Zambry mahu menggunakan Proton Perdana sebagai kereta rasmi beliau dan barisan Exco.

Namun kontroversi mengenai kos penyelenggaraan Proton Perdana yang tinggi menyebabkan kerajaan Terengganu pimpinan Ahmad Said memilih untuk membeli 14 buah kereta Mercedes Benz E200 Kompressor berharga RM3.43 juta Julai tahun lalu.


TVantara



BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila@gmail

2 ulasan:

  1. " Kemungkinan kereta tersebut akan di beli dengan harga yang lebih tinggi "

    Zamberi ingat rakyat bodoh? atau Zamberi yang bodoh. Fikir fikirkan lah.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama5/5/09 1:19 PTG

    umno ne ape la nak jadi tak abis dok mcm tu je buat org meluat kat depa memang nak reput betul la umno ne perosak bangsa melayu depa ne

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive