Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mei 18, 2009

PENANTI: PENYOKONG UMNO BN NAK UNDI SAPA?



Sebaik saja pengumuman dibuat bahawa UMNO BN tak nak bertanding di Penanti,terpikir di benak setiap insan yang berbenak,penyokong umno bn nak undi sapa bila logo dacing (kati) tak dak dalam senarai kertas undi.

Adakah pemimpin-pemimpin umno yang membuat keputusan untuk tidak bertanding ini memikirkan kehendak akar umbi seperti yang selalu mereka nyanyi dan laungkan setiap kali perhimpunan agung kemegahan mereka itu? Adakah benak mereka memikirkan sebagaimana benak rakyat berfikir atau mereka lebih benak dari rakyat untuk memikirkan perkara ini? Awat benak sangat.

Penyokong bn akan terpinga-pinga mengadap kertas undi yang tidak menyenaraikan calon dan logo bn di kertas undi.Selama berpuluh tahun tidak pernah terjadi dalam sejarah logo bn tiada daalam kertas undi.Kira boleh masuk dalam rancangan tv..apa ka nama... "Ripleys Belive it or not".

Bagi yang hardcore umno bn gerenti tak keluaq mengundi,maka peratusan keluar mengundi jugak akan merudum.Bagi penyokong umno bn yang menyirap bandung pulak sudah tentu akan merosakkan undi sebagai tanda protes.Jika itu terjadi sudah tentu jumlah undi rosak akan melebihi jumlah undi yang diperolehi oleh calon bebas.Sapa-sapa yang berani masuk sebagai calon parti undi rosak sudah tentu tidak akan hilang wang pertaruhan.Silap haribulan calon parti undi rosak boleh jadi adun.

Bukan saja umno bn takut untuk bertanding di Penanti kali ini,calon bebas juga kelihatan tidak ghairah sepertimana kes Bukit Selambau yang membuka nafsu berbelas-belas orang calon bebas.Mungkin disebabkan nasib yang menimpa calon bebas di Bukit Selambau menyebabkan nafsu mereka terbantut.

Oleh kerana logo dan calon bn tiada dalam kertas undi dun Penanti nanti, maka adalah elok sekiranya semua penyokong umno bn memberikan undi kepada calon Parti Keadilan Rakyat sebagai tanda protes takdak tempat nak pangkah bn.Baru ada akai...



Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com

6 ulasan:

  1. persoalannya: ada ke pengundi yg nak undi bn???? wakakakakaaa....

    BalasPadam
  2. moga lepas2 ni..terus tak ujud lg timbang kati dalam mana mana kertas undi lg.
    buat penyokong ubn.pemimpin hangpa dah buang hangpa masuk tong sampah,hangpa semua penyokong ubn penanti dah tak ada nilai walau sekupang lima duit pun bagi pemimpin yg kamu semua sanjungi,,,abis tu tunggu ape lg,,,calo semua pakat2 masuk pakatan rakyat no...

    BalasPadam
  3. KEH!keH!KEH! Ada jugak persoalannya tu...

    BalasPadam
  4. penanda sekor umno pun tak layak jadi wakil raayat,jadi ahli umno penanti bubar cawangan sebab tiada sekor pun yg layak dalam ramai2 tu...pemimpin pelapis umno baru ada kat tadika kemas...tak kan nak tunggu kut...20 thn lg baru ada pelapis

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive