Sabtu, Mei 16, 2009
PESANAN MUFTI PERAK,BETUL KE?
Mereka tidak merampas kuasa, cuma mereka ( UMNO ) bagi tahu kepada Tuanku Sultan sekarang BN telah mendapat majoriti ahli dewan kerana 3 adun dari PKR dan DAP telah keluar parti dan menjadi adun bebas dan seorang adun kembali kepada UMNO !
Terimalah hakikat itu, tetapi PAS dan DAP tidak boleh terima hakikat, sekarang BN ada 31 ahli dewan.
Kalau kita mengasihi orang kafir itu adalah itu haram, kita boleh berbaik dengan orang kafir tapi tidak boleh berkasih sayang dengan orang kafir !
Kenapa PAS lebih menyayangi orang kafir daripada sayang orang Islam sendiri ?
Orang Islam PAS sanggup maki hamun, orang kafir kita berpeluk-peluk pula, macam kes Elizabeth Wong memang jelas dia buat maksiat, kenapa ada muslimat PAS dan PKR peluk sampai menangis dan macamana NIk Aziz boleh sokong Elizabeth dalam isu ini sedangkan kita dan Nik Aziz tahu yang DAP tidak akan sokong ISLAM !
Tengok Karpal Singh kata apa, langkah mayat saya dulu kalau PAS nak tubuh negara ISLAM !
Ketahui lebih lanjut wawancara Dato Seri Harussani Zakaria, Mufti Besar negeri Perak dalam majalah Milenia Muslim keluaran bulan Mei.
SUMBER : http://dr1221.blogspot.com/2009/05/peringatan-dari-mufti-besar-perak_15.html
Dipetik dari Blog Pemuda Umno Pasir Puteh.
Komen Saya-
Betulkah di dalam menentukan siapa yang mendapat majoriti kepercayaan di dalam Dun Perak memadai dengan memberitahu DYMM Sultan Perak sahaja? Apa guna adanya Dun? Mengapa jika benar ikhlas, usul undi tidak percaya kepada YAB Ir Nizar selaku MB Perak tidak dibawa ke Dun? Mengapa diselesaikan di dalam Istana sahaja? Seharusnya MB Perak ketika itu dan seluruh ahli dewan ketika itu dapat melihat dengan nyata sekali bahawa MB Perak ketika itu sememangnya telah hilang kepercayaan. Kemudian barulah keputusan Dun dibawa ke Istana. Sebab itulah Tun Mahathir kata, tindakan Umno/Bn di Perak amat gopoh sehingga kini memakan diri.
Saya tidak jelas dan keliru dengan maksud," kita haram berkasih sayang dengan orang kafir tetapi boleh berbaik-baik sahaja". Benarkah itu pendapat Mufti Perak atau pun pendapat yang empunya blog sahaja?
Kes Elizbebeth Wong amat jelas. Beliau bukan Islam dan tidak terikat dengan hukum Islam. Maksiat? Saya tidak tahu adakah seseorang yang tidor `berbogel atau separuh bogel' di rumahnya sendiri dikira satu perbuatan maksiat apatah lagi bagi bukan Islam. Atau adakah bukti dan saksi bahawa terdapatnya perbuatan yang sumbang di antara YB Eli dengan sesiapa ? Sehingga kini Polis sendiri tidak selesai dalam siasatan mereka. Bahkan, jika seseorang Islam sendiri pun tidak boleh kita tuduh mereka berzina melainkan cukup saksi-saksinya. Jika ditakrif `maksiat' dari segi syariat Islam, orang perempuan yang membuka aurat mereka juga dikira melakukan maksiat juga. Tentu Rosmah Mansor dan Shahrizat Jalil bersetuju dengan pendapat saya ini. Kes YB Eli ini di mana letaknya `maksiat' itu dan takrif apa yang mereka gunakan?
Mengapa Tuan Guru Nik Aziz berbaik dengan DAP ? Ini adalah DAP tidak pernah menentang PAS secara fizikal atau menghina Islam. Umno bagaimana ? Siapakah orangnya yang sering menghina hukum hudud? Ustaz dan ustazah Umno ada yang pernah menyindir hukum hudud sedangkan mereka Islam. Apa yang PAS boleh harapkan daripada DAP yang boleh dikatakan diterajui oleh mereka yang bukan Islam? Tetapi sekurang-kurangnya ahli DAP sekarang menyokong PAS walaupun mereka ketahui PAS berhasrat untuk melaksanakan Islam. Ahli Umno sokong PAS ke? Jika Karpal Singh berkata, langkah mayat dia dulu jika PAS mahu laksanakan Islam, apakah pemimpin dan ahli PAS terasa? Sudah tentu tidak kerana Karpal Singh bukan Islam dan kita anggap beliau jahil tentang hukum Islam. PAS amat terasa bila ustazah Umno berkata, seorang ibu boleh melacur jika `dharurat' untuk mencari duit bagi menanggung keluarga. Ustazah ini juga pernah mempermainkan hukum hudud apabila berkata jika pencuri asyik dipotong tangan dan kaki atas kesalahan mencuri, akhirnya mulut dan hidung juga akan dipotong jika masih mencuri. Ustazah ini mencadangkan agar sipencuri diberi kerja bukan dihukum secara sedemikian. Seorang pemimpin agung Umno pernah berkata, negara akan mundur jika rakyat mereka kudung tangan akibat hukuman hudud.
Sebenarnya pada saya, Umno terlalu susah hati apabila masyarakat bukan Islam kini mula menyokong PAS. Walaupun DAP menentang hukum hudud, mereka benci tetapi mereka juga rindu kepada keadilan Islam. Itu yang buat Umno/Bn sakit hati.
WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:umno,umno,umno,umno,umno,umno,umno,umno,umno,umno
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
Mei
(363)
- PKR MENANG BERGAYA
- LIVE DARI PENANTI
- TERKINI DARI PENANTI
- PENANTI: JOM PAKAT PI MENGUNDI
- SPR BUANG TABIAT?
- LAWAK AHAD: TEH PANAS
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 30 MEI 2009
- ATUK NENEK DAN CUCU CICIT UMNO SAMA KE?
- Lim Beri Keterangan, Gobala Pula Dipanggil Polis
- UMNO BN GUNA TAKTIK LARI KE TAIWAN
- UMNO BN Gerun Program Atasi Kemiskinan Tegar Pulau...
- Rayuan Zambry Diterima???
- Dana Awam Dibelanjakan Secara Culas, Pakej Ransang...
- Warkah Untuk Kak Min
- KATAK 2SEJOLI DAN SI TANGGANG
- Kemelesetan: Rakyat Kian Gusar, Umno Terkial-kial
- PKR Bantah Umno Ceramah di Penanti
- UPP rampas barangan seks dari China
- Nasihat tidak mengundi, seruan Khairy menghasut - ...
- Panduan dan Doa Mendapat Pasangan yang Soleh.
- UMNO Halalkan Apa Yang Haram
- Umno Cuba Perdaya Pengundi Penanti, Anjur Lawatan ...
- Umno Penanti Bawa Lari Pengundi Ke Padang Besar
- PRK M.U 14 JULAI 2009
- GAMBAR TERKINI DARI PENANTI
- PENANTI: UMNO BN TURUT PERANG BENDERA
- TARIKH PRK M.U DITENTUKAN HARI INI
- ADUN Bebas Terima RM3 Juta Daripada Najib?
- MARI KITA LIHAT SIAPA YANG KENA...
- LAWAK PAGI RABU: Tersasar Lagi
- Mufti Perak dicabar letak jawatan, bertanding pili...
- KEDAH TEWAS LAGI
- DEBAT ZAMBRY VS NIZAR: RAIS TUNGGU
- Ketua-Ketua Kampung Saman "Menteri Besar Mahkamah"
- RAKAMAN SEMBANG KOSONG?
- Nizar : Zambry kena bubarkan DUN kalau dia anak ja...
- LELAKI MENGAMUK MAUT KEMALANGAN
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 26 MEI 2009
- 14 Tahanan Dibebaskan
- Kedah hutang RM2b ketika Pakatan ambil alih
- NIZAR MENANG DI HATI RAKYAT,ZAMBRY MENANG DI HATI ...
- UMNO: HANGPA BUAT ROMBONGAN TAK AJAK AKU YE
- Hangpa Jangan Dok Peleceh Umno BN
- UMNO: OOO BUAT ROMBONGAN TAK AJAK AKU EK??
- TERKINI : WAKIL RAKYAT TURUT DITAHAN
- PR MAHU BAWA PERUBAHAN BUKAN DABIK DADA
- Polis ganggu majlis puasa sunat/mogok lapar, lima ...
- Kejayaan Umno 2004 tak mungkin berulang
- Puasa sunat Nizar diputar belit media
- Nizar vs Zambry: NAK BERDEBAT PULAK
- Mogok lapar di Perak - Ustaz Ahmad Awang beri penj...
- ZAMBRY BUAT LAWAK
- Pas ajak rakyat berpuasa
- Anwar: Jauhi politik perkauman, sokong pemimpin be...
- Siri Lawak Badut Nasional Sudah Bermula
- CATATAN PENANTI DS ANWAR
- Pilihan Raya Kecil lebih aman tanpa BN - Nizar
- Hadi: Pakatan mahu bawa rakyat keluar dari kemelut...
- JANGAN MAIN-MAIN DENGAN KUASA RAKYAT
- Jumlah undi, indikator pada sokongan Pakatan Rakyat
- HANG JANGAN DOK BUAT LECEH
- Tanda Jelas Umno BN Akan Berkubur
- Nizar vs Zambry: KOMEN SPONTAN PROF. DR AZIZ BARI
- WABAK PERAK BERJANGKIT PPP?
- Keputusan mahkamah satu skrip dan matinya demokrasi
- UMNO BN HARAP MAHKAMAH,PR HARAP KUASA RAKYAT
- Penanti: Jentera Pakatan Rakyat turun ke kampung
- UMNO PAS: BERCITA CITA INGIN JADI CALON PRK DUN MA...
- Rampasan Kuasa Umno-BN Di Perak Ala Lanun Somalia
- LAWAK AHAD: TELUR AYAM
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 23 MEI 2009
- Umno Pas: Manik Urai Jadikan Hadiah Untuk Najib
- PENANTI: SIAPA DIA AWEK NI?
- Nizar: Kalah Di Mahkamah Rayuan, Menang Di Mahkama...
- KEMPEN PENANTI: SAKSIKAN DRAMA DI KACA TV
- umno fobia: ADEGAN YANG DIRINDUI DI PENANTI
- PENANTI: AMINAH NAK DEDAH BUKTI
- umno fobia: PENANTI 4 CALON BERENTAP
- umno fobia: LIVE DARI PENANTI
- umno fobia: SEKITAR PENAMAAN CALON PENANTI
- UMNO BN AKAN KALAH TERUK DI M.U
- MAHKAMAH RAYUAN KETEPIKAN DOKTRIN RAJA BERPERLEMBA...
- UMNO BN JANGAN TERUJA LEBIH-LEBIH SANGAT
- LIVE DARI MAHKAMAH RIMBARAYA
- KEPUTUSAN LIGA PERDANA 22 MEI 2009
- Nizar vs Zambry: ENDING YANG MEMUALKAN
- umno pkr: JOM PAKAT PI PENANTI HUJUNG MINGGU INI...
- Nizar vs Zambry: Adakah wujud unsur diatur dalam k...
- Nyanyi Happy Birthday To You Dalam Black Maria
- Nizar vs Zambry: ZAMBRY MENANG
- Nizar vs Zambry: LIVE DARI MAHKAMAH
- Nizar vs Zambry: NIZAR AKAN MENANG PETANG INI
- SIDANG MEDIA NIZAR
- ADUN Manek Urai Kelantan meninggal dunia.
- NIZAR ZIARAH KELUARGA JAFRI
- Nizar Zambry : Pilihanraya Perak Akan Diadakan Bil...
- MIMPI SEORANG GADIS
- Najib bawa UMNO BN ke hujung senja
- Nizar vs Zambry: ESOK MILIK SIAPA?
- Umno usah degil pertahan kubu rapuh di Perak
-
▼
Mei
(363)
Masyarakat bukan islam menyokong PAS sebab mereka dapat yang mana mereka takkan dapat bila menyokong umno. contohnya jawatan dan tanah spt di Perak. Mereka sokong bila mereka dapat tapi percayalah mereka tidak akan memberi. Kasiklah apa saja hak melayu kepada mereka tapi mereka tidak akn memberikan hak mereka kepada anda. Tindakan PAS hanya merugikan umat melayu. Tapi tindakan DAP tidak pernah yang merugikan non-bumi.
BalasPadamApakah hak Melayu yang telah diambil oleh bukan- Melayu sehingga kini? Cuba senaraikan. Kebanyakan yang diperolehi oleh bukan-Melayu yang tamak diperolehi melalui balci-balaci mereka pembesar Umno. Sebagai contoh, cuba kaji kes Pelabuhan Kelang Free Trade Zone dengan maklumat yang dah didedahkan. Kalau dedah semua, anda akan dapati bagaimana UMNO-MCA bekerjasama mengenyangkan perut mereka. Tong Seng dan Ramasamy orang biasa tidak ambik apa-apa hak Melayu pun. Yang bersekongkol menghakis hak Melayu ialah pembesar Umno dan MCA.
BalasPadampasai reta dunia pun nak kecoh..mati bukan nyer bawa reta tu
BalasPadammasaalah NEGERI PERAK biarlah orang perak yg meyelesaikan tak payah orang luar perak menyebok ada baiknya "DIAM!!!!"
BalasPadamEmpunya blog tu putar belit kut..atau Mufti perak ni dah pening..dulu haramkan Sure heboh(TV3)..sure...sure..sure..baru-baru..ni..tak terkata apapun jom..jom..jom..heboh-heboh kat lumuttu..jom...jom...jom...jom..pergi pangkor!
BalasPadam