Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Mei 05, 2009

umno fobia: ISTERI MANOHARAN MUNGKIN AMBIL ALIH KERUSI DUN

Dun Kota Alam Shah: Isteri Manoharan kemungkinan ambil alih kerusi

Selasa, 5 Mei 2009

Anna Yusof

KLANG, 5 Mei (SK) : Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, S. Pushpaneela berkemungkinan akan memikul jawatan wakil rakyat secara rasmi jika beliau meletak jawatan pada 19 Mei ini.

Banyak pihak dalaman parti telah memperkatakan tentang kemungkinan tersebut.

“DAP akan menghormati sebarang keputusan Manoharan, tetapi bukan semua orang akan bersetuju dengan cadangan supaya kerusi berkenaan diserahkan secara automatik kepada Pushpaneela,” kata seorang sumber dalaman parti yang juga merupakan pemimpin tempatan.

Pushpaneela ketika ditanya pendapat beliau berkata “Saya menyerahkan perkara tersebut kepada pengundi Kota Alam Shah untuk membuat keputusan sama ada menerima saya ataupun sebalinya.”

Bagaimanapun tegas beliau, keutamaannya ialah adalah untuk berjuang bagi membebaskan Manoharan daripada terus ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Saya mahu membolehkan beliau berkhidmat secara peribadi kepada rakyat yang mengundinya sebelum ini

Sementara itu Kerajaan Selangor akan memberi masa kepada Manoharan untuk membuat keputusan sama ada melepaskan jawatan atau kekal sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim berkata KeADILan serta Pas tidak akan masuk campur dalam keputusan Manoharan yang merupakan wakil daripada Dap.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor (BBTOAS) semalam, beliau berkata pakatan pembangkang di Selangor bersedia menghadapi pilihanraya kecil jika Manoharan membuat keputusan untuk mengosongkan kerusi itu.

Penasihat Undang-Undang Hindraf itu ditahan pada 13 Disember 2007.


suarakeadilan

BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive