Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mei 04, 2009

umno pas: Merakyat, Apa Benda?



1. Saya ingin menegur kecenderungan dan keghairahan media kita melabel segelintir pemimpin sebagai berjiwa rakyat atau merakyat.

2. Label merakyat atau berjiwa rakyat ini amat 'sacred' dan sungguh luhur sekali.

3. Tiada pemimpin dari mana-mana kumpulan pun setakat ini berhak disematkan dengan label sedemikian bagus.

4. Sekiranya pemimpin tersebut berjalan kaki 3 kilometer (sekali), atau turun minum (sekali) di Puduraya, atau naik lrt/monorel dari stesen KL Sentral (sekali) ke mana-mana destinasi, ia belum dapat dinilai sebagai merakyat, atau berjiwa rakyat.

5. Contoh terbaik merakyat ialah Rasulullah saw. Kemudian, jika kita membaca buku sejarah, seperti Khilafah wal Mulk karangan Abu Ala al Maududi; antara khulafa ar rasyidin pun yang benar-benar merakyat hanyalah pemerintahan Saidina Ali. Amat sedikit contoh dapat dibuat dari pemimpin-pemimpin Islam atau ummah setelah itu kerana sejak Islam ditadbir secara monarki, istilah merakyat hanya digunakan sebagai propaganda politik. Yang ada hanyalah meraja. Seperti yang telah diperlihatkan secara buruknya oleh Muawiyah dan raja-raja seterusnya. Hatta pemerintahan Turki Othmaniyyah yang diwarwar sebagai pemerintahan Islam terakhir pun tidak merakyat. Sila kunjungi istana-istana sultan tersebut yang masih boleh dikunjungi hari ini.



6. Di zaman moden, pemimpin seperti Mahatma Gandhi layak diberi gelar kudus tersebut, iaitu merakyat. Saya kira belum ada lagi pemimpin dari mana-mana parti politik di Malaysia setaraf dengan Mahatma Gandhi; mencontohi Rasulullah saw atau Saidina Ali, Omar mahupun Abu Bakar jauh sekali.

7. Ini bermakna kempen istilah 'merakyat' yang digunakan oleh sesetengah media hanyalah satu retorik kosong.

8. Pada saya, sekadar satu contoh; pemimpin kita hanya boleh dianggap merakyat jika ikut sama terperangkap dalam kemacetan lalu lintas dari Senawang ke Sungai Besi (di lebuhraya Utara-Selatan) dan turut merasai bagaimana kejang letihnya kaki menukar gear kenderaan, atau merasai bagaimana halnya mahu terkincit atau terkencing ketika kereta hanya bergerak-gerak manja sedangkan tiada kemalangan di hadapan. Rasailah bingung dan geram ini seperti mana rakyat rasai. Gejala ini misalnya kerap berlaku ketika musim perayaan atau cuti panjang. Ia misalnya turut berlaku semalam di lebuhraya Utara-Selatan.

9. Itu hanyalah satu contoh murni dari saya. Saudara mungkin ada contoh lain.



10. Saudara dipelawa mencatat contoh-contoh merakyat yang boleh dicuba oleh pemimpin kita seperti 1) memanjat flat dua puluh tingkat ekoran kerosakan lif sejak berbulan-bulan kerana tidak dibaiki pentadbir, atau contoh lain ialah 2) pemimpin hanya dapat dianggap merakyat apabila setiap hari menggunakan komuter dari Rawang ke Bank Negara seraya terpeleot dengan muka terpenyek di cermin jendela komuter, sambil terpaksa mencium bau bacin ketiak pendatang asing. 3) mengharung banjir kilat yang amat menyeksakan. Atau ya...banyak lagi contoh-contoh merakyat yang kita ini rakyat lalui hari-hari.

11. Saya ulangi, kalimah merakyat itu suci, jangan menggunakannya sesuka hati. Kerana ia mungkin akan makan diri. Kita yang benar-benar rakyat ini, silap haribulan boleh naik meluat!


Jadi, apa lagi; sila senaraikan contoh daripada anda sendiri. Anggaplah ini sebagai satu aktiviti rakyat pada hari isnin:


Faisal Tehrani



BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila@gmail

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama4/5/09 5:22 PTG

    bukan nak taksub, tapi rasanya Nik Aziz lebih dari layak untuk sandang gelaran tersebut. Anda kaji latar belakang idup dia dulu, kaji pengorbanan dia dan keluarga untuk rakyat Malaysia dan Kelantan, 43 tahun hambakan diri kepada rakyat, tolak pelbagai kemewahan dan kesenangan dan bermacam2 lagi... minta buat kajian ye, pastu paparkan kat sini.

    BalasPadam
  2. salam saudara... nak tegur sikit je...Tak baik mengata ke Muawiyah RA..Beliau merupakan antara sahabat yang dijamin masuk syurga oleh Rasulallah SAW.

    Muawiyah RA juga adalah penulis wahyu baginda SAW.

    Kalau nak kepastian mintak rujuk dengan guru-guru yang mursyid.

    Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk yang benar sebagaimana Allah SWT telah berikan kepada mereka yang terdahulu. Amin

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive