Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mei 11, 2009

UMNO sedang mengutip gigi-gigi yang bertaburan...




UMNO SUDAH REBAH

Salam hormat,

Ketika tumpuan ramai penganalisis politik tertumpu kepada kerjasama UMNO-PAS dan seterusnya untuk merealisasikan Kerajaan Perpaduan (Unity Government) ,namun dari pendapat sesetengah orang , dewasa ini UMNO sedang mengutip gigi-gigi yang bertaburan dek kerana rebah tersungkur oleh pukulan tsunami pru12 dan juga by-election yang kesemuanya tewas(semenanjung).Begitulah yang diibaratkan oleh sesetengah sahabat , lantas membenarkan kata-kata DS Najib untuk tidak memasuki gelanggang di Penanti.Bukan kerana UMNO pengecut , akan tetapi kerana UMNO belumpun dapat berdiri selepas pukulan KO pada pusingan yang terdahulu.Kerana itu , tawaran untuk Unity Government tidak lain hanya untuk memainkan perasaan UMNO yang sedang bergelut untuk memperbaiki gigi yang tertanggal.

Baiklah saya simpan dahulu ulasan saya tentang Unity Government , pedulikan tentang gigi yang bertaburan kerana bagi saya ianya hak individu untuk membuat persepsi masing-masing.Dalam masa yang singkat ini saya berharap DS Najib dapat memikirkan semula cadangan beliau untuk memboikot prk Penanti . Adalah kesilapan yang besar seandainya beliau memboikot Penanti kerana kesannya bukan lagi boleh diukur dengan scala richter dan bukan juga hanya gigi yang perlu dikutip oleh UMNO , entah apa perumpamaan yang boleh disamakan ketika itu?...adakah mengorek lubang kubur sendiri atau commit suicide? Saya serahkan kepada pembaca untuk memberi penilaian masing-masing.

Penilaian saya : Andai UMNO memulaukan prk Penanti maka ianya seperti membenarkan hujah sahabat saya tadi bahawa UMNO belumpun berupaya bangun dari rebahnya dan menghitung berapa batang gigi yang telah gugur...haih , apapun alasan untuk tidak bertanding di Penanti tidak akan dapat membeli pemikiran saya sendiri....tak tau la aku apa dalam pikiran orang lain...boleh hangpa komen sikit?

WASSALAM.



Awin Pasir Gudang


BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive