Selasa, Jun 02, 2009
Pengaruh P Ramlee dalam politik negara
Mohd Rashidi Hassan
TANGGAL 29 Mei, masyarakat seni dalam negara mengenang ulangtahun ke 36 pemergian Seniman Agung Tan Sri P Ramlee, yang meninggal akibat satu kemalangan jalan raya pada tahun 1973.
Walaupun sudah 36 tahun P Ramlee meninggalkan persada seni, namun namanya terus popular, malah turut digemari oleh anak-anak generasi millenium, walaupun kebanyakan filem yang disiarkan hanyalah hitam putih.
Menyusuri gelagat Seniman Agung ini, menyebabkan anak-anak kecil ketawa terkikik-kikik, menghafal dan mengulangi dialog-dialog lucu beliau, buat gurau senda bersama rakan taulan.
Pada ruangan kali ini, penulis tidak berhasrat untuk membicarakan kehebatan P Ramlee dari sudut lakonan dan seni, cukuplah rakan-rakan seperti Dinsman, Nasir Jani, Sabri Yunus dan lain-lain membahas dan menghayatinya.
Penulis mahu mengajak pembaca menghayati mesej sinikal yang disampaikan beliau, dalam beratus filem, sama ada yang dilakonkan atau diarahkan P Ramlee.
Walaupun P Ramlee berkarya dan berlakon pada era 1950-an sehingga awal 1970-an, namun kebanyakan filem-filem beliau boleh dijadikan contoh realistik sepadan dengan realiti yang berlaku dalam masyarakat moden hari ini.
Pada tahun-tahun tersebut, Malaya atau Semenajung Tanah Melayu masih lagi mundur dan kuno. Kuala Lumpur dipenuhi hutan dan lombong-lombong bijih timah. Kuala Lumpur pada ketika itu masih lagi dalam kategori kampung.
Pengangkutan awam masih terkebelakang, tiada bangunan pencakar langit, tiada televisyen, tiada handphone, jauh sekali internet.
Namun, P Ramlee mempunyai minda terkehadapan dalam membentuk dan menyampaikan mesej yang berani kepada masyarakat melalui filem lakonan dan arahan beliau.
P Ramlee berani memaparkan sketsa mengenai kezaliman dan ketidakadilan Sultan atau pemerintah, ketidakadilan hakim, sikap berat sebelah pihak berkuasa, ketamakan penguasa atau golongan peniaga, penindasan terhadap golongan miskin dan banyak lagi.
Filem 'Hang Tuah' mempunyai mesej yang mendalam mengenai ketaatan rakyat walaupun golongan Istana berlaku tidak adil. Lawak dalam filem 'Nujum Pak Belalang' memaparkan ada Raja yang sanggup bertaruh (dalam konteks sekarang berjudi), filem 'Laksamana Do Re Mi' misalnya memaparkan bagaimana hancurnya kerajaan negara 'Dua Butir' akibat kezaliman Menteri Fasola, juga bagaimana keuntungan berlipatganda diraih hasil jualan 'hamba abdi' seperti dalam filem 'Tiga Abdul'.
Sidang bawah Dewan Undangan Negeri Perak yang diadakan di bawah pokok, ditamsilkan kini seumpama arahan Raja negara 'Dua Butir' kepada memanda menteri dan laksamana yang kehilangan kuasa akibat kezaliman perampas kuasa yang tamak. Banyak lagi misal-misal yang boleh disebutkan.
Hakikatnya, sebahagian besar intipati mesej yang dibawakan oleh P Ramlee dan rakan-rakan karyawan waktu itu, memaparkan realiti yang berlaku dalam masyarakat, negara, pemerintah dan golongan istana.
Namun keberanian dan kebenaran mesej yang disampaikan oleh P Ramlee sudah tidak wujud kepada karyawan filem mahupun drama yang ada hari ini.
Hari ini kita tidak akan dapat melihat ketidakadilan pihak istana, walaupun mungkin ia benar-benar wujud. Kita tidak akan dapat menyaksikan kezaliman penguasa, khususnya polis dan kita tidak sesekali akan dihidangkan bagaimana ketidakadilan undang-undang.
Jika kita menonton filem Hindustan, karyawan mereka lebih berani, mempunyai minda yang terbuka untuk memperjuangkan hak rakyat dan mempamer jenayah golongan penguasa.
Malangnya, minda masyarakat hari ini 'dimandomkan' oleh filem dan drama yang stereotaip. Semuanya pengampu dan pemuji penguasa. Apabila golongan karyawan kita mempunyai sifat sebegini kerana takut kepada penguasa, mereka sebenarnya hanya membentuk masyarakat mempunyai minda yang terkebelakang.
Filem dan drama kita hanya membawa masyarakat dikhayalkan dengan hiburan kosong dan menjadi 'pak turut' sahaja.
Kemajuan dan teknologi moden hanya diaplikasikan dalam proses pembikinan filem, bukan kepada pembentukan minda. Hakikat ini hanya menjelaskan bahawa minda karyawan zaman 1950-an hingga 1970-an seperti P Ramlee, jauh lebih matang dan terkehadapan.
Karya-karya P Ramlee juga mempunyai pengaruh yang besar dalam politik negara, sehingga kebanyakan dialog dan babak dalam filemnya secara sinikal dan dijadikan bahan perbandingan.
Keberanian beliau berkarya dengan lawak bersahaja tetapi mempunyai mesej yang tersirat menyebabkan walaupun sudah 36 tahun meninggal dunia, beliau tetap dikenang sebagai seorang seniman agung.
P Ramlee berani membuka minda masyarakat Melayu khususnya, pada tahun 1950-an hingga awal 1970-an, namun kebelakangan ini unsur-unsur sebegini sudah semakin lenyap.
Karyawan seni tidak harus hanya memikirkan soal untung dan rugi sahaja. Mereka harus menyumbang kepada pembangunan pemikiran dan mendidik rakyat menilai serta menerima mesej yang hendak disampaikan.
harakahdaily
Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
Jun
(293)
- Wibawa Enam Hakim DiSangsi
- MANEK URAI : LIVE DARI STADIUM MBPJ
- Kempen Manek Urai UMNO memalukan
- Alu-alukan sumbangan ke Tabung PRK Manek Urai
- Debat: Surat tawaran belum dihantar, namun PM suda...
- Rakyat dijemput jayakan "Himpunan 100,000 rakyat" ...
- MANEK URAI : SENYUM SEEKOR KAMBING
- 2 Pelajar UM Hadapi Penjara 20 Tahun
- MANEK URAI : TRADISI UMNO MENABUR JANJI
- MANEK URAI: TUAN DAN NIK
- SIARAN LANGSUNG SIDANG DEWAN RAKYAT 30 JUN 09
- Pemimpin UMNO Boleh Berdebat Untuk Kebenaran
- Kenapa Umno tolak Islam - Nik Aziz ajak Najib berd...
- Himpunan Perdana Pakatan Rakyat
- KEPUTUSAN LIGA PERDANA 29 JUN 2009
- Apa Masalah Umno-BN ‘Bakul Sampahkan’ IPCMC?
- Pemimpin UMNO Tipu Rakyat Kelantan
- UMNO parti Darat, Kuno
- UMNO BN Nak dedahkan Kajian Apa ???
- Menggempur Umno di Manek Urai
- BRAZIL JUARA LAGI
- Anwar dakwa BN akan main kotor di Manek Urai
- DOSA BESAR UMNO BN
- SIARAN LANGSUNG SIDANG DEWAN RAKYAT
- MANEK URAI : MITOS PERPECAHAN MELAYU
- MANEK URAI:BUANG MASA PAS MAHU TERIMA EZAM RAJA SE...
- PANTUN MANEK URAI
- NIZAR vs ZAMBRY : KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN SALAH
- Umno pengaruhi pengundi luar usah pulang mengundi
- UMNO MASIH RINDUKAN BULAN
- Biarkan Saja Jika Kerajaan Indonesia Hentikan Peng...
- Tengku Fakhry arah Manohara kembali ke pangkuannya
- MANEK URAI: MENTERI KENA JAWAB
- MANEK URAI : CALON PAS DAPAT SOKONGAN AKAR UMBI
- GAMBAR DARI MANEK URAI
- SELESEMA BABI LEBIH SEDAP KE?
- ADUN SEMBUR LADA KENA SAMAN
- Fauzi calon PAS di Manek Urai
- Beberapa Ahli UMNO Kota Bharu Keluar Parti
- KEPUTUSAN LIGA PERDANA 26 JUN 2009
- PAS Bukit Bendera tembusi kubu kuat Umno
- Perempuan Labah-labah Perkosa 10 Pria
- Ceramah Nizar di Masjid Subang 28 Jun ini
- MANEK URAI: MUFTI AMBIK ISU TENGAH JALAN
- Isteri Mahu Inkues Siasat Tahanan mati Di lokap
- KERAH BALA TENTERA KE MANEK URAI
- Suara Umno: Mufti Perak Jangan Di Peralat
- Pemuda Umno ungkit kerajaan perpaduan di Manek Urai
- Bimbang bahaya penularan budaya Umno dalam PAS
- Akhirnya tindakan Umno pecat PAS makan diri
- Michael Jackson dan Farah Fawcett meninggal dunia
- Manek Urai akan terus bersama PAS
- Hikmah di sebalik Sujud
- Calon Manek Urai: Ada pemimpin Umno sudah kecewa
- Isu Ke Manek Urai : Ketua Pemuda Gerakan Ketinggal...
- Umno kecundang, pimpinan PAS lebih pintar - Anwar
- PRK MANEK URAI : CALON PAS DAH 'CONFIRM' CALON UMN...
- Aduan polis Umno terhadap Nik Aziz
- UMNO BN: 1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN
- Fantasi Kerajaan Perpaduan UMNO Berkubur
- UTUSAN MELALAK LIDAH UMNO
- BRAHIM ALI KECEWA, PEMIMPIN UMNO PULA PATAH TARING
- Bukan Islam jadi ahli penuh PAS
- Pemuda PAS Bersedia Bekerjasama Dengan UMNO Dalam ...
- LEBIH MANTOP BEB!!!
- Umno cuba perbodoh pengundi Melayu di Manek Urai
- Definisi semula cemerlang dan rasional dalam SPM –...
- MANEK URAI - FAUZI VS TUAN AZIZ?
- 'Dr Puad Zarkashi usah perbodohkan kami' - pendidik
- Guru di Manek Urai diseru pilih PAS
- Tuan Aziz calon BN di Manek Urai?
- UMNO CUBA MAIN API, AKHIRNYA BAKAR DIRI SENDIRI
- UMNO TERTUNDUK MALU
- NIZAR - KISAH 15 JUN DAN KRISIS PERAK
- UMNO BN: SURUH ORANG UNDI TAPI TAKUT BUBAR DUN
- Dosa, sikap Umno sulitkan usaha perpaduan
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 23 JUN 2009
- MP DAP Ipoh Timur: Isu Skandal PKFZ melibatkan Dan...
- PAS tak terliur untuk bekerjasama dengan Umno
- Cubaan Umno mengelirukan rakyat - Nasurudin Daud
- PEMIMPIN UMNO YANG BUTA SEJARAH
- Setia bersama PAS
- PANAS ENJIN: KEPERLUAN ATAU MITOS?
- UMNO JANGANLAH BUAT-BUAT PENING
- umno pas: PAS FOR ALL,UMNO FOR WHAT?
- Saya tidak mahu langsung terlibat dengan Umno
- RAPAT SAF LAWAN UMNO
- Nik Aziz tarik balik kecaman terhadap Nasharudin
- Nik Aziz selamatkan Manek Urai..
- Pakatan Rakyat tolak kerajaan perpaduan
- Tragedi Memali tidak boleh dimaafkan begitu saja
- MAT REMPIT BERSATULAH
- VIDEO ANWAR DI BANGI
- Kerajaan Perpaduan Berudang di Sebalik Mi
- UMNO PAS: Kerajaan Perpaduan..?
- GemPaq: RAKSASA MENGAMUK DI KT
- Umno-BN ‘lemas’ hadapi PAS-Pakatan Rakyat
- SIARAN LANGSUNG SIDANG DEWAN RAKYAT
- UMNO PIPI TERSORONG-SORONG
- Anwar Ibrahim hangatkan kempen pilihan raya Manek ...
-
▼
Jun
(293)