Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, November 25, 2009

Lelaki rakam gadis mandi kena cekup bapa

SHAH ALAM - Keinginan seorang lelaki untuk merakam gambar seorang gadis yang sedang mandi mengundang padah setelah telefon bimbitnya terjatuh ke dalam bilik air sebelum diberkas bapa mangsa dalam kejadian di Taman Bunga Raya, Wangsa Maju dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, suspek dikatakan memijak cermin yang diletakkan di bahagian luar rumah bagi memudahkannya untuk merakam aksi gadis berkenaan yang sedang mandi.

Bagaimanapun, tindakannya itu memakan diri sendiri apabila dia kemudiannya tergelincir menyebabkan telefon bimbit yang dipegangnya itu terjatuh ke dalam bilik air.

Menurut sumber polis, suspek tidak terus melarikan diri tetapi sebaliknya terus berjumpa dengan bapa mangsa untuk meminta tolong mengambil telefonnya itu.

“Suspek seakan-akan tidak menyesali tindakannya itu, dan terus berjumpa dengan bapa mangsa bagi meminta tolong mengambil telefonnya yang terjatuh itu.

“Bagaimanapun, tindakannya itu memerangkap dirinya kerana bapa mangsa merupakan seorang anggota polis, dan suspek terus dibawa ke balai polis,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan aib kepada wanita.

sinarharian

Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. APA PUNYA MANGKUK SEKOK NI ! PI LA AMBIK GAMBAK DEPA DOK MAKAN RASUAH KA BAGI HEBOH SATU MALAYA DARI DOK BUAT KERJA SETAN NI ! NI MESTI DARI GENG PARTI LU TAU SAPA LA YANG ANTI ISLAM TU HEHEEHE !

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive