Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, November 18, 2009

Karpal sahut cabaran dakwa Lingam jika A-G benarkan | Nizar News



KUALA LUMPUR, Nov 18 — Karpal Singh secara terbuka menawarkan khidmatnya untuk mendakwa peguam Datuk V.K. Lingam yang dikaitkan dengan skandal melobi dan mempengaruhi urusan pelantikan hakim-hakim, jika Peguam Negara memberikan kuasa untuk berbuat demikian.

Pengerusi DAP itu menjelaskan menjadi amalan biasa di England bagi kerajaan membolehkan pengamal perundangan swasta untuk mendakwa seseorang bagi pihak peguam diraja.

"Di negara ini ada peruntukan undang-undang Peguam Negara perlu mengeluarkan sijil untuk mendakwa seseorang.

"Oleh itu, saya meminta agar Datuk Seri Nazri Aziz supaya menasihatkan Peguam Negara mengeluarkan surat perintah bagi tujuan untuk mendakwa Lingam," kata Karpal pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz semalam bahawa Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu boleh mewakili Peguam Negara untuk mendakwa Lingam jika mahu.

"Jika Karpal bersedia untuk mewakili Peguam Negara, saya akan memujuk Peguam Negara untuk mendapatkan khidmat beliau bagi pihak kerajaan," kata Nazri.

Jumaat lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata terpulang kepada Peguam Negara berhubung hasrat Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mahu meneliti kes pita rakaman peguam Lingam.

Panel Penilaian Operasi itu memutuskan untuk mendapatkan kelulusan Peguam Negara untuk meneliti kes tersebut ekoran reaksi tidak puas hati pelbagai pihak.

Laporan sebelum ini menyebut Lingam didapati tidak melanggar sebarang undang-undang kerana melobi pelantikan hakim walaupun dipaparkan cuba berbuat demikian dalam satu klip video.

Baru-baru ini Dewan Rakyat diberitahu bahawa kerajaan telah melihat kes berkenaan daripada pelbagai segi tetapi mendapati tiada mana-mana akta di negara ini yang boleh mensabitkan Lingam melakukan salah guna kuasa dalam isu pelantikan hakim.

themalaysianinsider



Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive