Jumaat, November 20, 2009
Wajib Baca : Perbezaan PAS dan UMNO | Nizar News
Oleh Dato’ Ustaz Haji Harun bin Taib
Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS
Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.
Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.
Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku dinegara ini.
Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.
Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO. Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.
Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin dinegara barat dan timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO diMalaysia ini.
Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam.
Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?
Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya.
Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka.
Meneruskan Perjuangan Para Nabi
Dato’ Ustaz Haji Harun bin Taib
Ketua
Dewan Ulamak PAS Pusat
detikdaily
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
November
(242)
- Exco nafi arak dijual secara terbuka di Kedah- Lim...
- Ku Li : Bakal Realisasikan idea 16 Sept..
- Suami isteri maut,polis cedera parah
- Nasib baik Selangor Dah Haramkan
- Pemuda BN demo, bakar foto Guan Eng
- Kenyataan Media Zuraidah MP Ampang
- Najib musykil doa bala Nik Aziz
- BTN tiada manfaat, hanya dakyah pesong semata-mata
- Nik Aziz Pertahan Isu Doanya, Tidak Salah Daripada...
- Pemimpin Umno-BN Pamer Sikap Kebudakkan Selangor H...
- MB nafi k'jaan negeri tahu dokumen dibocorkan
- Wujud konspirasi jatuhkan Nik Aziz
- Wanita mualaf dirogol
- Skuad Kenari musim 2007-2008 dapat tanah
- Perhatian untuk nama bermula dengan huruf M
- Kerana kroni, tiga projek di Port Dickson terbengk...
- Rakyat Kedah rasai sendiri perubahan PAS berbandin...
- Bukan Islam amat percaya Nik Aziz
- Muhyiddin amal politik primitif: Mahfuz
- Adakah Noordin Mohd Top masih hidup?
- Pengganti Tuan Guru: Hentikan berbalas kenyataan d...
- Aidiladha Tanda Pengorbanan Kepada Agama, Diri Dan...
- Borang 2 Tidak Dihapus,Pas Tetap Gesa Undi Pos DiM...
- BNM siasat pemindahan RM10 juta oleh MB NS
- Biro Tata Negara Hanyalah Propaganda Busuk BN
- Bukti media arus perdana diperguna Umno-Barisan
- Apakah itu ‘Ibadat Korban - Haji’.
- Selamat Hari Raya Aidiladha
- Jangan Sokong EGM Sabtu Ini - Wong Foon Meng
- Seputih mana YB Kota Seputeh?
- Minyak RON95 rosakkan enjin?
- Pemimpin parti politik wang tiada upaya selesai kr...
- Najib 'dikaitkan' dengan kehilangan Bala - Peguam
- NSTP Diperintah Bayar RM100,000 Kepada DSAI
- Bubar SPRM Dan Wujudkan Organisasi Anti Rasuah Bar...
- Anak cekup ibu khalwat
- Pakatan tidak harus syok sendiri
- Pendedahan yang ditakuti BN
- Adik gua kena beli serbuk kari
- Kes Akhil Hayy Dengan JAIS Dah Tiga Tahun Tak Selesai
- NST: Tolong Takutkan Tuhan
- Apakah kesudahan Kota Siputeh?
- Lelaki rakam gadis mandi kena cekup bapa
- Dr Asri persoal pegawai JAIS 'kutuk' Hadi, Nik Aziz
- Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Sokong Keputusan Mahka...
- Apa itu ALZA
- Saiful Nafi Ditawar RM5 Juta
- Sidang DUN Kedah kecoh
- Permohonan Penolakan Pertuduhan Kes Liwat II Ketua...
- PM Lulus Lesen Judi, Ustaz-ustaz Umno Sunyi Sepi ??
- SPR gagal halang Pilihanraya Kota Siputeh
- Jangan takbur di Tanah Suci
- Nik Aziz Membuatkan Umno Gelabah
- Macamana SPRM nak jadi macam FBI
- Dilema politik Kedah
- Husam: Saya tak akan tinggalkan PAS di tengah jalan
- Mayat Tanpa Kepala Ditemui Terdampar Di Pantai Mer...
- ADUN Sungai Puyu nafi kosongkan kerusi, tinggal DAP
- Bedah Siasat Teoh Beng Hock Selesai
- PAS sukar di Kota Siputeh
- UMNO DAN SERIGALA
- Nasib 427 ekoq lembu korban BN lebih baik
- Lawak Ahad: Kelate vs N.Sembilan
- Sidang DUN N.Sembilan kecoh
- Dua saudara jumpa ikan berkepala buaya
- Bedah Siasat Rungkai Misteri Kematian Teoh Beng Ho...
- Nik Aziz antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia
- Santokh Singh Kini Koma Di HKL | Nizar News
- Muhyidin dan 9 yang lain disaman RM105 juta | Niza...
- Siapa dapat apa dalam urusniaga pembelian kapal se...
- Kubur Teoh Beng Hock Digali Hari Ini
- Lagi Ahli Umno DiTahan Kerana Rasuah | Nizar News
- Siswa disiasat kes kepala babi di surau | Nizar News
- Mangsa doktor potong | Nizar News
- Skandal PKFZ: Cadangan KSU Sidek hanya untuk 'beli...
- Wajib Baca : Perbezaan PAS dan UMNO | Nizar News
- Penduduk Degil Enggan Pindah | Nizar News
- Mengenali ibadah korban | Nizar News
- Anwar Beri Jaminan Urusan Ambil Alih Hutang Talam ...
- SPR bertindak di luar bidang kuasa - Hanipa Maidin...
- SPR dicadang diletak bawah parlimen | Nizar News
- Bahaya guna telefon bimbit tanpa pengesahan | Niza...
- Nazri Aziz jumpa Nik Aziz | Nizar News
- Tukar Suka Sama Suka | Nizar News
- Cuci motor dan cuci mata | Nizar News
- MB Selangor Dedah Laporan Kejadian Tanah Runtuh Bu...
- Bala: Kerajaan Tahu Saya Di mana | Nizar News
- Polis disyaki cuba pecah rumah diberkas | Nizar News
- Tanah runtuh di Cheras KL | Nizar News
- Rumah Peguam Sasaran Serangan Bom | Nizar News
- Karpal sahut cabaran dakwa Lingam jika A-G benarka...
- Indeks rasuah merudum: Ahmad Said didesak letak ja...
- Rasul dalam facebook pulak dah | Nizar News
- Makcik peragut | Nizar News
- Pemuda UMNO Salah Teropong | Nizar News
- Kalau Betul Saya Pun Hendak Saham Itu | Nizar News
- Pakatan cabar BN biarkan Dun Kota Seputeh kosong |...
- Usah sembunyi kes suami perkosa anak | Nizar News
- Diatas Kecuaian BN, PKNS Kerugian RM48 juta Dan Ba...
- TIM Puji Kepimpinan Khalid | Nizar News
-
▼
November
(242)
apa dasar pas. tak ada pun tercatit dalam perlembagaan pas walau sebaris pun kata nak laksana hudud dan islam. tiada.
BalasPadamsekarang , nak sebut laksana hudud pun tak berani. pkr nak laksanakan islam ke. pas boleh laksanakan islam dengan pr dan pkr? apa bezanya.
cuti ? jumaat hari bekerja lebih ramai orang megerjakan solat jumaat berbanding dengan hari jumaat yang bercuti. hari tak megambarkan islam pun kalau erangai fitnah dan memaki hamun orang dan makan rasuah haji. cakap aje boleh la.
pas hanya penuh slogan dan makian sahaja, apa pas buat setakat ini. mana pelan startegik islamnya. tak pernah tengok pun. bentangkan pelan jangka panjang dan jangka pendek dan war-warkan. jangan cakap aje, islam, islam. mananya?
if nak sembang pro PAS jer.. memang x adil.. kena faham, Islam perlu bertolak ansur untuk berdakwah.. "Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi" dah terang tuan kata camtu...saya nak tambah sikit, untuk pengetahuan tuan bilangan orang bukan Islam di Malaysia bukan sedikit.. jgn bandingkan Malaysia dengan negeri Kelantan.. Malaysia negara yang luas.. jadi tolak ansur dalam soal budaya dan adat orang bukan Islam adalah penting untuk menegakkan Islam.. saya katakan begitu sebab, lihat saja mampukah orang Islam yakni orang melayu sekarang ini yang kebanyakannya ketinggalan jauh dari segi ekonomi untuk bersaing dengan org bukan Islam? saya harap tuan faham.. lagi satu, Pendekatan politik yang membawa kepada kestabilan sosial di Malaysia adalah mirip pendekatan yang diambil oleh kerajaan Islam di Sepanyol sewaktu zaman kegemilangan Islam di sana. Di Malaysia, orang-orang bukan Islam menikmati tahap tolak ansur yang tinggi daripada masyarakat Islam; sama seperti yang dinikmati oleh orang Kristian dan Yahudi sepanjang 800 tahun pemerintahan Islam di Sepanyol... Nah sudah jelas tolak ansur dalam beberapa perkara perlu ada.. contohnya minum arak, orang bukan islam ada yang menganggap minum arak itu satu budaya bagi mereka.. jadi kita perlu hormat budaya mereka..bukan nak kata kita galakkan org islam ikut budaya mereka...cuma kita hormat budaya mereka.. saya jelas dengan matlamat PAS sebenar.. cuma caranya saja kurang tepat.. risau juga kalau2 bangsa lain menjadi lebih kuat dengan pertelingkahan bangsa kita sesama sendiri... sepatutnya itu yang utama!!!! dan saya yakin Datuk Seri Anwar paham tentang itu.. sebab itu 16 September yang diuar2kan tidak menjadi.. xkan x celik2 lagi!!!! salam...
BalasPadamAssalamualaikum sidang pembaca yang berpaksikan kebijaksanaan dan keintelektualan kurniaan Allah SWT..
BalasPadamUMNO,dalam Fasal 3 tertulis :
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Tulisan Jawi: ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو, Inggeris: United Malay National Organisation; biasa dikenali sebagai UMNO)
ASAS DAN TUJUAN UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.
3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.
3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.
3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.
Sesiapa yang mengambil Islam dia akan untung,sesiapa yang tolak dia akan rugi dunia dan akhirat.
BalasPadamRujuk :http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Islam_SeMalaysia
Sejarah
Parti Islam Se-Malaysia atau lebih dikenali sebagai PAS merupakan sebuah organisasi yang telah didaftarkan pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Penang).
Tujuan
Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara Malaysia sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Dasar
Dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta ljmak dan Qias yang terang dan nyata.
Usaha
Bagi mencapai tujuan atau matlamat perjuangannya, usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS termasuklah:
1. Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah Rasulullah melalui dakwah, sama ada secara lisan, tulisan mahupun amalan.
2. Memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke-lslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
3. Memupuk dan memperkuatkan ukhwah lslamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup lslam.
5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara untuk membela kepentingan umat lslam dan rakyat seluruhnya.
6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ia mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.
7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.
8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran lslam.
9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat lslam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.
10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu serta badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.
Beruntunglah mereka yang memperjuangkan Islam.Semoga Allah memberkati kalian dan mengurniakan hidayah kepada rakan-rakan yang lain..Ameen,perkenankanlah doa kami.
Selamat beramal (",)
kah kah kah kah...Tuan Arif Omar ni memang terer...kah kah kah kah
BalasPadamBila nak angkat sumpah jadi Senator? kah kah kah kah
Tuan Arif jangan pertikai apa yang PAS cakap tu. Tapi cuba fikir balik...apa yang Tuhan suruh?
Kalau apa yang PAS cakap tu bukan perintah dan hukum Tuhan, maka jangan ikut, jangan dengar.
Tetapi bagaimana jika apa yang PAS cakap itu, adalah sama seperti apa yang Tuhan suruh? Mu nak ikut ka atau mu tak nak ikut???
Arif kau baca tak dasar tu..Cuba baca dasar PAS ni..
BalasPadamDasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta ljmak dan Qias yang terang dan nyata.
Nak apa lagi?
Islam adalah politik dan pemerintahan,Islam adalah pendidikan,Islam merangkumi segala kehidupan.
Marilah kembali kepada Islam..
10Q sebab buka mata aku dengan fakta di atas.
salam rasa terpanggil tuk beri komen. Saya amat bersetuju dgn dasar kedua2 parti ini. Alangkah bagusnya jika kedua2 parti ini dapat bergabung untuk menegakkan agama Islam dan membina bangsa melayu yg hebat. tapi sayangnya segala dasar2 Pas tak kan dapat dicapai selagi dia berada bersama DAP dan PKR. Kalau ikutkan berapa banyak kerusi yg Pas bertanding di kawasan Parlimen berbanding DAP dan PKR jadi suara majoriti pastinya tidak akan begitu menyokong dasar PAS ini. Tetapi jika PAS bergabung dgn UMNO dan membentuk suara majoriti org Islam harapan utk melaksanakan syiar Islam semakin cerah. Pertamanya bergabung dgn UMNO dan kemudian kita pilih pemimpin yg hebat, berani dan berkaliber dari kedua2 parti ini untuk memimpin org Islam dan Melayu di malaysia. Insya Allah harapan ini bisa tercapai. Amin ya Rab...
BalasPadam