Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, November 17, 2009

DSAI: Fitnah Itu Memang Kerja UMNO-BN | Nizar News



Oleh MayLin

SHAH ALAM, 15 November - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dakwaan kononnya Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali telah membeli sejumlah saham bernilai RM8.5 juta adalah sebahagian dari taktik jahat pemerintah Umno-BN.

Bercakap kepada media di Konvensyen Parti Keadilan Rakyat Selangor semalam, Anwar berkata kes RM8.5 juta ini pernah dibangkitkan 10 tahun lalu dan Azmin didapati tidak bersalah.

“Siasatan mula dibuat sejak 1998 dan Azmin pernah ditahan dalam siasatan itu kemudian dilepaskan. Lepas 11 tahun ia diulang tayang.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bekas Ketua Pemuda MIC, S.A Vickneswaran bahawa Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin telah membeli saham bernilai RM800,000 ringgit dan RM8.5 juta ringgit.

Pemimpin reformasi ini menambah rakyat tentunya sedia maklum dengan taktik sebegini, yang menurut Anwar strategi mengelirukan perhatian rakyat dari pekung Umno-BN.

Beliau kesal masih ada ahli-ahli politik MIC yang rela diperkuda walhal rakyat telahpun menghukum parti itu dalam PRU12 lalu.

“Kita tengok UMNO guna dua, tiga perkakas MIC untuk digunakan mereka kerana bagi dia itu serangan balas. Kita sebut pasal PKFZ ia telah diaudit, sebut soal Sukoi dan Scropene, itu perjanjian pembelian senjata yang jelas,”katanya.

Azmin, yang juga Naib Presiden PKR, telah mengarahkan para peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Vickneswaran.

Azmin pernah ditahan polis dan disiasat agensi pencegahan rasuah atas tuduhan tersebut pada 1998, namun dibebaskan dari sebarang pertuduhan.

Anwar berkata kesedian Azmin untuk membawa dakwaan ini ke muka pengadilan juga menggambarkan keberaniannya berdepan dakwaan Vickneswaran.

“Kita kena ingat Vickneswaran kata dia tidak dapat sahkan dokumen berkenaan sah atau tidak. Azmin dah jawab akan bawa kepada pengadilan,”katanya.

Menurutnya taktik sama turut digunakan UMNO-BN terhadapnya yang kononnya mempunyai simpanan RM1.3 bilion.

Anwar yakin bukan hanya beliau dan Azmin yang akan menjadi mangsa fitnah UMNO-BN namun satu persatu pimpinan Pakatan Rakyat akan mengalami nasib yang sama.

“Saya percaya bukan satu tapi satu persatu seperti yang saya sebutkan, Khalid (Menteri Besar Selangor) akan jadi sasaran kerana dia berkesan peranannya sehingga dipuji Ketua Audit Negara, dipuji lagi kuat dia kena serang,”katanya. "

utaraonline


Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. asalamulaikum,MIRACLE FLASK TERMOS AIR BERAKALI pengedar diperlukan layari laman web www.cantik2u.com/airsakti786 terimakasih. LUMAYAN.

    BalasPadam
  2. Biar azmin bawa kes ini ke mahkamah supaya kita semua tahu betul ke tidak? Tetapi kenapa anwar melengah2kan perbicaraan di mahkamah? Takut semua orang nanti tahu kebenarannya?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive