Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, November 16, 2009

Bomoh Selangor kepanasan | Nizar News



SEJAK Wak Mail, bomoh puja jerangkung dicekup oleh jabatan agama dalam satu operasi khas awal bulan ini, kehidupan bomoh-bomoh di Selangor sudah tidak seperti dulu lagi. Mereka kini dalam senarai golongan yang perlu ditangkap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana melakukan perbuatan khurafat.

Setakat ini, 20 orang bomoh dalam buruan mereka. Bomoh-bomoh ini hebat dalam ilmu masing-masing. Ada yang diperlukan pelanggan untuk menilik nombor ekor, jalan pintas untuk jadi jutawan; tidak kurang juga minta minyak pengasih untuk pikat gadis yang cantik-cantik atau yang terlalu sukar dijinakkan. Paling banyak untuk pelaris perniagaan bagi memajukan bisnes yang semakin hendak tutup dalam keadaan ekonomi yang belum pulih-pulih lagi daripada sakit kronik.

Ekoran pendedahan JAIS sehari selepas Wak Mail, bomoh puja jerangkung yang 'disegani' di Klang ditangkap bersama pelanggan-pelanggannya, barulah kita tahu bahawa negeri yang dikata sudah maju ini, banyak juga penduduknya bergantung nasib kepada bomoh.

Mengikut cerita Wak Mail, dia hanya bantu orang susah. Seperti kebanyakan bomoh lain, Wak Mail menuntut ilmu dari tanah seberang. "Wak tak guna ayat al-Quran tapi seru dan puja hantu jerangkung untuk dapat nombor ekor,'' Wak Mail yang ada dua isteri dan 10 anak itu membuka rahsia yang sudah lama disimpannya itu.

Kini semua orang sudah tahu, ada seorang ahli politik bergelar Datuk yang juga guna khidmat bomoh puja jerangkung itu untuk menang dalam pilihan raya.

Yang ini masih menjadi rahsia Wak Mail dan misteri kepada penulis. Siapa Datuk itu?

Namun begitu, kita juga jangan percaya bulat-bulat cerita fasal Datuk itu, takut-takut kita kena main dek bomoh puja jerangkung itu.

Penulis tak sangka angka bomoh yang diburu oleh JAIS agak besar juga. Agaknya di mana bomoh-bomoh itu bersembunyi sekarang? Mungkin bomoh-bomoh ini makin aktif lagi menjalankan profesion mereka, menolong orang.

Penulis juga ada sahabat yang mempunyai ramai kawan bomoh. Kadang-kadang ada juga kawan sepejabat, luar pejabat minta tolong cari bomoh hebat untuk rawat macam-macam sakit, terutamanya diganggu makhluk halus.

Setakat ini, semua mereka kata bomoh yang direkomenkan penulis, bagus dan hebat belaka. Penulis tak tahu pula, kalau-kalau bomoh sahabat penulis itu juga termasuk dalam senarai orang yang diburu oleh JAIS.


kosmo


Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive