Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, November 04, 2010

Penduduk India ikrar pertahan PAS di Galas



Salmah Mat Husain & Nur Hafizah

GUA MUSANG, 3 Nov: Impian Umno merampas semula Dun Galas dianggap menemui jalan buntu apabila masyarakat bukan Islam kini semakin berani menyatakan sokongan terbuka kepada calon PAS.

Malah Umno dan MIC dikatakan hanya mampu mempertahankan tidak sampai suku daripada 185 jumlah pengundi di kalangan kaum India.

Sokongan terbuka dapat dilihat apabila sebahagian besar penduduk India yang tinggal di Taman Bunga Tropika mendirikan pos di tepi jalan menghala ke Kuala Betis.

Pos tersebut didirikan pada hari penamaan calon. Dan setiap malam selepas balik dari kerja mereka berkumpul beramai-ramai. Pos terbabit dilengkapkan dengan lampu kelip-kelip dan spot light.

Sebelum ini, kira-kira 200 penduduk India diraikan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa sempena menyambut Hari Deepavali, 5 November ini.

Kehadiran Husam bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Abdul Latif Abdul Rahman disambut penduduk India di taman perumahan tersebut.

Hadir sama Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus dan Pegawai Penerangan Urusetia, Tharuman a/l Arjunan.

Pada majlis itu penduduk India yang hadir berikrar mengekalkan kemenangan PAS di Dun berkenaan sebagai hadiah sempena Hari Deepavali.

“Kita akan merayakan kemenangan ini bersama-sama, tidak ada sebab kita perlu menolak kerajaan PAS setelah pelbagai kemudahan disediakan oleh kerajaan negeri untuk kami,” ujar seorang penduduk, P. Rathakrishnan.

Ketika ditemui beliau mengaku Allahyarham Chek Hashim Sulaima banyak berjasa kepada penduduk di Dun Galas.

Seorang lagi penduduk, P Parasuraman mengakui kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan masyarakat India.

Pada majlis itu juga seramai 140 warga emas diraikan sempena program di ambang Deepavali. Mereka menerima hamper disampaikan Husam. Selain itu mereka turut dijamu BBQ.

Sementara itu di majlis berasingan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Dun Galas begitu unik kerana mempunyai empat bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan Orang Asal.

Berucap pada ceramah di Padang Bola, Bandar Baharu malam tadi katanya, melalui gabungan empat bangsa itu peluang cerah rakyat Dun Galas bagi mencipta sejarah baru politik negara.

“Moral politik di Galas membawa makna yang besar kepada rakyat di negara ini untuk merubah pentadbiran negara pada pilihan raya umum akan datang,” ujarnya.

Turut hadir pada ceramah tersebut Ketua Menteri Melaka, Lim Guan Eng dan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua.

HD

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive