Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, April 04, 2011

DEPA NI SEMBELIH BURUNG JE,BUKAN CURI ENJIN JET



Sembelih enggang, lima askar digantung tugas

Seorang pegawai dan empat anggota tentera lain-lain pangkat yang menyembelih seekor burung enggang di Taman Negeri Royal Belum di Gerik, Perak baru-baru ini, dikenakan tindakan gantung tugas mengikut Akta Angkatan Tentera 1972.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata semua yang terlibat itu juga akan dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.

"Berdasarkan siasatan, ada pemburu lain yang menembak enggang itu sehingga jatuh. Apabila melihat keadaan burung itu yang lemah (hampir mati), anggota-anggota tentera terbabit telah menyembelihnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Keluarga Kelab Anak Rantau di Bagan Datoh, di Shah Alam hari ini.

Ahmad Zahid berkata walaupun anggota tentera terbabit bukan pihak yang bertanggungjawab menembak burung enggang itu, mereka sepatutnya menyelamatkannya dan bukan bertindak menyembelih burung tersebut.

Sehubungan itu katanya, kementerian tersebut terpaksa mengambil tindakan disiplin ke atas semua anggota tentera terbabit.

Akhbar sebelum ini menyiarkan berita bergambar menunjukkan beberapa anggota tentera sedang memegang seekor burung enggang yang telah disembelih dan gambar itu tersebar di beberapa laman web.

Perbuatan itu mendapat bantahan orang ramai termasuk Persatuan Pencinta Alam.

- Bernama



DEY MACHA!!!

MANA LEBIH AFDHAL BIAQ BURUNG TU MATI KA NAK SEMBELIH?
GUA RASA KALAU BURUNG TU SEBAGAI SEEKOQ PENYOKONG PAKATAN RAKYAT
DEPA YANG SEMBELIH NI GERENTI SELAMAT
KAH! KAH! KAH!

NAYA-NAYA

INI KES TERPENCIL LA JUMPA BURUNG YANG ORANG TEMBAK JATUH
DAH NAK MATI DEPA PI SEMBELIH
YANG JADI KANTOI PASAI DEPA AMBIK GAMBAQ TUNJUK KAT ORANG
LAST-LAST KENA GANTUNG TUGAS
BUKAN MAIN TANGKAS TINDAKAN KALAU KENA KAT ORANG BAWAHAN
ITU HARI ENJIN JET HILANG TAKDAK APA-APA PUN

AKTA PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR 1972 HANG PA LAJU
AKTA PENAPISAN FILEM 2002 PASAI APA BUAT LIAT?
DOK PI TAYANG VIDEO SEKS TULEN TU AWAT TAK TANGKAP PUN..?
INI GAMBAQ BURUNG SEKOQ HANGPA KECOH
KAH! KAH! KAH!


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

8 ulasan:

  1. Tanpa Nama4/4/11 3:13 PTG

    ha ah...kan?? peceiter enjin tu??sonyap jo...
    ceciter..ceciter

    BalasPadam
  2. bongok betol ...bagus la dia sembelih daripada mati katak je..

    BalasPadam
  3. CARA UNTUK MENYELAMAT ADA DUA: pertama biarkan sementara menunggu penyelamat. keduanya, cara yang terbaik disembelih sekiranya burung tersebut hanya menunggu mati.

    Dari sudut kemanusiaan, tindakan anggota tentera itu amat bijak cuma akal yang waras sahaja yang dapat menilainya. "TERGANTUNGNYA' mereka kerana Akta Perlindungan Haiwan TETAPI bagaimana dari sudut hukum Allah swt?

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama4/4/11 6:19 PTG

    cakap susah, tak cakap susah, cuba tengok dan ingat balik, siapa yang mulakan isu ini, puak pembangkang yang mulakan isu ini ditimbulkan minta menteri pertahanan ulas, bila dah bagi ulasan dan jawapn, korang cakap lain pulak, susahlah pembangkang ni, dia aje yg betul, kalau tak ambil tindakan salah, ambil tindakan salah!!!

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama5/4/11 1:45 PG

    masalhnya..Pak pong menteri2 tu tk mampu menangkis soklan2 menteri non muslim tu dgn dalil2 yang sedia ada...nk jage hati le kunun..

    kita ada dalil..ada hukum...explain & let them hear that je la..apa nak takut!!??
    nak selamat kan kunun tgh2 hutan tu..nak pakai apa? ate askar2 tu ada di beri kemahiran nk survive kan si burung tu??? buduh punya kenyataan..nk bagi electric shock ke apa??!!

    BalasPadam
  6. Bangang betul menteri pertahanan nie.....nak selamatkan burung tu mcm ner...??
    Kalau dah kena tembak dan jatuh....mmg burung tu akan mati....
    Bebudak tu pegi semelih tu...biase la..dah kt dlm hutan.
    Perkara kecik mcm nie sampai nak bawak mahkamah.....yg letup kan org dgn C4 milik tentera tu....sampai hari nie tak di dakwa pihak yg keluarkan letupan tu.

    BalasPadam
  7. orang lama6/4/11 2:18 PTG

    Aku ingat lagi kes kapal logistik kd inderapura yg terbakar oct 2009, yg jadi kemusykilan ialah kedudukan kapal tersebut atas permukaan air dikelilingi lautt lagi.. bukan atas darat susah nak dapat air atau waktu berperang tapi dlm keadaan aman damai, ada pelabuhan dan ada banyak kapal2 lain kat situ, tapi tempoh nak padam kebakaran ambil masa dekat 8-9jam?. Yang jadi pelik tu anak kapal dan pegawai ada lebih kurang 100 org waktu tu atas kapal dan diorg dah berlatih cegah kebakaran atas kapal kat 3-4kali sebelum kebakaran sebenar berlaku. Mungkin masing2 pakat terjun laut dulu bila tangki minyak nak meletop.

    Bila kes enjit jet hilang aku tertanya2 jugak 2 kes ni mcm skrip jual timbang kilo besi semata2 mau duit atau shorcut nak cepat kapal/jet baru dan menteri dpt komisen rekemen beli barang macam kes komisen beli kapal selam scorpene dulu.

    BalasPadam
  8. dah dah dah.....semuanya memang karut.....dah nama manusia memang sentiasa bersamanya yang tak baik....kita pun manusia.....asyik tengok silap orang.....orang asyik tengok silap kita......bila kita nak berpakat tengok silap iri sendiri.....jom tengok....ce tengok.....ce tengok.....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive