Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, April 04, 2011

TERTIPU DENGAN P1 WIMAX

Tertipu Gara-Gara Terpaksa Bayar RM1790.57 Ke Atas Perkhidmatan Broadband P1 Yang "Tidak Pernah" Dia Gunakan !


KUANTAN, 4 April - Gara-gara tertipu dengan agen jualan P1 Wimax, seorang kakitangan kerajaan disini terpaksa membayar RM1790.57 atas perkhidmatan yang tidak pernah pun digunakan. Menurut wanita terbabit tahun lalu (2010) beliau telah didatangi oleh seorang agen jualan syarikat terbabit yang menawarkan perkhidmatan broadband terbaru P1 Wimax. "Pada mulanya saya tidak berminat kerana sudah mempunya broadbang Maxis sedia ada. Namun agen jualan terbabit mengatakan perkhidmatan mereka lebih baik dari lain-lain broadband dan menyuruh saya mencuba selama tempoh seminggu. Alasannya jika tidak berpuas hati boleh dipulangkan semua tanpa sebarang bayaran", katanya. Menurut beliau lagi, selepas didesak beberapa kali akhirnya dia bersetuju. Anehnya bayaran RM100 dikenakan sebagai deposit percubaan dan akan dikembalikan sekiranya perkhidmatan tidak memuaskan. "Belum sampai sehari mencuba, talian broadband tersebut ternyata tidak berkualiti di kawasan tempat tinggal saya Indera Mahkota ketika itu. Saya hanya boleh gunakannya apabila alat terbabit diletakkan di tepi tingkap rumah. Itu pun dalam jarak yang dekat, tetapi bila turun ke tingkat bawah broadband terputus. Akhirnya saya menghubungi agen jualan terbabit untuk memulangkan alat yang diberikan. Seperti janjinya seminggu akan dipulangkan kembali wang RM100 yang saya berikan", tambah beliau lagi.

Tertipu Dek Kerana Sikap Agen Jualan P1 Wimax

"Anehnya berbagai alasan yang diberikan dan akhirnya tempoh seminggu berakhir dan kemudia bila saya berjumpa beliau dia kata tempoh pemulangan sudah berakhir dan jika saya ingin pulangkan juga perlu tunggu 40 hari barulah wang RM100 itu dikembalikan", katanya. Berlaku kekecohan antara suami beliau dengan agen terbabit, namun ia tetap tidak diendahkan. Oleh itu beliau terpaksa menunggu dan terus menunggu. "Saya diarahkan memulangkan alat tersebut di kedai P1 Wimax yang terletak di Jalan Tun Ismail. Namun, selepas beberapa kali pergi saya tidak berjumpa dengan kedai tersebut kerana tidak mempunyai papan tanda khas", tambah beliau lagi. Difahamkan, beliau cuba memotong talian tersebut di kedai yang dinyatakan, dengan harapan akan mendapat kembali wang RM100. Namun, sangkaan itu meleset apabila dia pula dikatakan perlu membayar lebih RM500 atas perkhidmatan yang tidak pernah pun beliau gunakan.


Bukti, inilah dia bil yang terpaksa dibayar atas perkhidmatan tersebut

Gara-gara alat inilah menyebabkan beliau terpaksa bayarRM1790.57
"RM100 yang saya tuntut, tetapi RM500 yang saya perlu bayar atas perkhidmatan yang saya tidak gunakan. Ini tidak adil, sepatutnya syarikat terbabit memotong perkhidmatan saya selepas saya melaporka masalah berkenaan. Akhirnya terkini saya sunggug terkejut apabila mendapat bill terkini RM1790.57. Saya sungguh sedih atas apa yang berlaku dan berharap orang ramai tidak tertipu dengan taktik syarikat terbabit. Saya berhasrat untuk mendapatkan khidmat guaman untuk menyaman agen jualan dan syarikat berkenaan jika mereka terus mendesak saya menyelesaikan bayaran perkhidmatan yang saya tidak gunakan", katanya lagi.

[Kes yang berlaku kepada beliau ini adalah sebilangan kecil daripada kejadian yang menimpa pelanggan P1 Wimax sebenarnya. Semuanya gara-gara agen jualan yang berjanji tetapi tidak ditepati. Soalnya, apakah wajar beliau membayar jumlah tersebut sedang sepatutnya dia mendapat semula wang cagaran RM100 yang diberikan kepada agen berkenaan. Penipuan yang melibatkan agen jualan sememangnya banyak berlaku termasuk yang paling popular kes kad gores & menang. Ramai yang terkena adalah mereka yang tidak tahu apa-apa dan terpukau mendengar penerangan yang disampaikan oleh mereka. Harap P1 Wimax memantau perkara ini dan mengambil serius kes yang berlaku kepada pelanggan Maxis berkenaan. Jangan sampai ia memalukan apabila tindakan saman terpaksa digunakan].

pahangdaily


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

16 ulasan:

  1. lapor je ke persatuan pengguna.

    jahat tul kompeni tu!

    BalasPadam
  2. setuju dgn manjeamusyuk..

    lapor kpd;
    polis..
    tribunal pengguna...
    kementerian...
    akhbar harian... metro... kosmo... sinarharian..
    aduan rakyat (tv3).
    akhir skali.. jumpa PM mengadu hal !!...
    ntah la..

    bleh ke klu nak upah samseng..
    buat mcm ah-long tu..?
    simbah cat merah ke..
    simbah asid ke..?
    ntah laa..

    BalasPadam
  3. diorang ni memang bijak..simpan jerla loporan yg hampa nak buat tu..gua dah pakai 1tahun lbih da..line macam sial..dah upgrade pun sial jugak...
    nak cancel xble..sbb depa kata pejanjian pomosi 2taun..nak cencel rm 600..mau xmau pakai jugak
    walau pun mcm pukitiang...inilah konsep rakyat
    didulukan..klu gajah lepass...mangsa kitalah

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama6/4/11 5:27 PG

    aku pun kena gak, aku tak pakai wimax tu tp bil melambung nik,nak potong drg tak bg potong drg suruh report polis plak kalo nk potong cam sialll wimax ni

    BalasPadam
  5. abestu dah bayar ke blum Bill tu?

    BalasPadam
  6. TERJADI KEPADA SAYA. BARU MINGGU LEPAS? ADAKAH PIHAK KATITANGAN KERAJAAN YG TERTIPU INI MEMBAYAR? SAYA MENYEDARI SETELAH NAMA SAYA DISENARAIHITAM KAN DISEBABKAN P1WIMAX!!!

    BalasPadam
  7. sya punya bill dekat 2k. hari ni sy tak blh buat loan mana2 bank.

    BalasPadam
  8. maaf saya pn sama skrang sya pn kena bayar RM1799 mamang P1 MAX ni penipu......

    BalasPadam
  9. tolong saya,saya dah lama terminate dah pulang modem dah bayar penalti sebab terminate dalam kontrak, selepas tu hari ini p1 hantar minta bayar tunggakkan dan ugut mahu masuk nama dalam ctos,saya mahu bawa masalah ini ke tribunal,ada tak kes yang berlaku ini selesai dengan bantuan daripada tribunal,saya mangsa teraniaya oleh p1(penipu no1) haram jadah ni

    BalasPadam
  10. klau sorg dua kena bole la ckp ejen jualan menipu..
    ni company punya SOP..

    gores dn menang tu cap ayam..company pun xtau pe name..
    jgn la nak samakan pulak..ptuihhh

    BalasPadam
  11. Nme sy dlm ctos.sy xpnh daftar p1 pun. Sy xdpt buat loan.mcm mne korang kt sini ada x yg da setel?mmg jahat la p1 ni tibe2 hutang ada 1700 huh!

    BalasPadam
  12. sy pown kena kes mcm ni..tup2 hntr email soh byr amaun dekat rm2k...ptt ke sy byr sedangkan sy x guna...alasan kena byr sbb walaupun x guna tp kontrak 2 thun...semua org yg kena dye byr ke??

    BalasPadam
  13. sy pown kena kes mcm ni..tup2 hntr email soh byr amaun dekat rm2k...ptt ke sy byr sedangkan sy x guna...alasan kena byr sbb walaupun x guna tp kontrak 2 thun...semua org yg kena dye byr ke??

    BalasPadam
  14. Baru ingat nak cuba P1 nih.. memandangkan bnyk sgt komen negatif., xjadi la kot rasanya.. kang xpasal2 kena bayar sampai seribu lebih

    BalasPadam
  15. Ak pon kene....ckp nk upgrde line kt bt10 ktn haram xad... Kne byr free free je natang punya pnjual..ak xkn percaya apa ap dh lepas ni

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive