Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, April 03, 2011

Ejen tipu jual rumah di Internet



SHAH ALAM – Seorang lelaki yang menyamar sebagai ejen hartanah ditahan polis, selepas kegiatan liciknya menipu orang ramai dengan menjual rumah melalui laman sosial dikesan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di Jalan Putra, Chow Kit, kira-kira jam 5 petang Isnin lalu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek warga tempatan itu terlibat dalam lapan kes tipu penjualan rumah di laman sosial terbabit.

“Semua lapan kes itu berlaku di Gombak, membabitkan kerugian RM500,000.

“Kita percaya suspek bergerak secara berkumpulan dan aktif melakukan penipuan sejak tahun lalu di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Rosly berkata, siasatan lanjut mendapati suspek menggunakan modus operandi dengan mengambil mana-mana gambar rumah yang ditampal notis untuk dijual, sebelum memuat turun dalam laman sosial terbabit.

Beliau berkata, suspek akan meletakkan nombor telefon untuk dihubungi oleh mana-mana individu yang berminat untuk membeli rumah.

“Suspek kemudiannya berpura-pura membawa pelanggan ke lokasi rumah yang diiklankan, sebelum meminta bayaran deposit 10 peratus daripada harga sebenar rumah yang akan dijual,” katanya.

Menurutnya, selepas memperoleh wang deposit, suspek akan menghilangkan diri.

Rosly berkata, suspek ditahan reman selama empat hari bermula Selasa lalu sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu.

Menurutnya, polis sedang menjejaki saki baki kumpulan suspek yang dipercayai masih aktif menjalankan penipuan jualan rumah di laman sosial sama.

SH

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive