Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mei 10, 2009

2 Ditangkap Tayang Drama Sidang 7 Mei

SITIAWAN [10 mei 2009 1.30 am] - Gara-gara menayangkan slide "drama tragedi Sidang DUN 7 Mei", satu majlis jamuan makan malam anjuran Parti Demokratik Rakyat (DAP) yang diadakan diSekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Nam Hwa dekat sini telah diganggu oleh pihak polis.

Majlis yang diadakan secara tertutup itu menampilkan Speaker DUN V.Sivakumar, ADUN Sitiawan Dato' Ngeh Khoo Ham dan Nga Kor Ming.Gangguan bermula sekitar jam 11.00 malam tadi, ketika tayangan slide video berkenaan baru beberapa minit dipaparkan.
Pihak polis juga telah menangkap dua orang awam iaitu petugas yang menyediakan PA System dan Slide program berkenaan.

Mereka telah dibawa ke Balai Polis Sitiawan untuk diambil keterangan.Ketika itu Dato' Ngeh dan 100 orang penyokong Pakatan Rakyat telah mengiringi mereka ke balai polis terbabit.Difahamkan sekitar jam 1.00 pagi tadi, sekitar 400 orang penyokong telah berkumpul di Balai Polis Sitiawan untuk memberikan sokongan.Difahamkan, mereka yang ditahan telah dibawa oleh pihak polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.


Idham Lim


BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive