Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mei 03, 2009

AHLI UMNO KEDAH MALU BERTUANKAN ORANG LUAR...



KEMELUT POLITIK UMNO DI KEDAH MASIH HANGAT DIPERKATAKAN: Walaupun Majlis Tertinggi Umno (MT) melantik Datuk Seri Shafie Apdal sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, penggantian ini jelas tidak dapat meredakan kemelut Umno Kedah dalam usaha merampas kembali Kedah dari tangan Pakatan Pembangkang jika pilihan raya umum ke-13 diadakan nanti.

Apa yang dikesalkan sesetengah ahli Umno di Kedah ialah para pemimpin negeri ini, terutama ketua ketua bahagian, wanita dan pemuda, gagal menyampaikan mesej sebenar kepada pucuk kepimpinan tertinggi Umno termasuk MT. Para pemimpin Umno di Kedah dilihat lebih dari enau dalam belukar daripada mempertahankan maruah Umno Kedah sendiri. Sah lah Mahadzir Khalid gagal dalam peranannya sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah yang selama ini diberi tanggung jawab itu. Jadi, dimanakah hilangnya semangat Umno dan apa sudah jadi kepada misi Umno perlu berubah? Selama ini, apa yang amat ketara sekali ialah para pemimpin dan ketua bahagian di Kedah lebih "jaga bulu" dan mementingkan diri sendiri daripada memperkasakan Umno Kedah.

Yang jelasnya di sini ialah para pemimpin di peringkat bahagian di negeri ini serta semua sayap Umno di Kedah gagal dalam menyalurkan maklumat sebenar kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Datuk Seri Muhyiddin Yassin. Sebagai orang Kedah, saya sering terdengar dakwaan seperti ... mereka puak Najib, dan yang itu puak Muhyiddin Yassin, tetapi mereka, yang mengakui rapat dengan Najib dan Muhyiddin, tetap gagal "membisikkan" ke telinga kedua-dua pemimpin itu. Apa yang sebenarnya yang perlu dilakukan di Kedah, bukannya dengan menghantar Shafie Apdal jadi ketua Badan Perhubungan Umno Negeri. Di Kedah masih ada ramai pemimpin yang boleh dilantik pengerusi badan perhubungan .

Apa yang dapat diperhatikan di sini menunjukkan dengan jelas bahawa tidak ada persepakatan dan sefahaman di antara pemimpin Umno di Kedah. Kita ragu dengan sikap pemimpin Kedah yang patuh pada arahan tetapi di depan bos sahaja, tetapi, di belakang, lain ceritanya. Mereka sanggup berdiam diri dan ambil sikap tunggu dan lihat apa yang akan berlaku. Golongan pemimpin Umno di Kedah adalah golongan yang hanya nak jaga periuk nasi saja, bukannya membela Umno Kedah. Masa Che Det berkuasa, Mahadzir Khalid lah jadi pengerusi, maka, semua pakat ampu Che Det. Kini semua pakat kutuk dia. Begitu juga dengan berbagai usaha yang sedang dilakukan untuk pikat hati Shafie Apdal. Inilah sandiwara sebahagian besar daripada pemimpin Umno Kedah yang langsung tidak digeruni parti pembangkang.

Misi nak rampas balik Kedah dari parti pembangkang dilihat sebagai mimpi sahaja kerana teori "seberang" yang mahu dilaksanakan di Kedah tidak akan menjadi kerana orang Kedah tetap orang Kedah bukannya orang Sabah atau Sarawak. Kenapa Umno Kedah takut nak kemukakan nama seperti Tan Seri Osman Aroff, Datuk Rahman Ibrahim, Datuk Affifudin Omar, malah Tun Dr Mahathir Mohamad? Jatuhkah martabat jika pemimpin yang ada di Kedah diberi tanggung jawab sebagai pengerusi Badan Perhubungan Kedah. Matlamat nak rampas balik Kedah adalah agenda utama, tetapi hingga kini masih belum jelas. Pihak pembangkang pula awal awal lagi sudah bersuara Umno Kedah ketandusan pemimpin. Inilah kegagalan ketua ketua bahagian di Kedah selama ini kerana "malas bersuara" terhadap pucuk pimpinan Umno negeri.

Sebagai ahli Umno Kedah, saya terasa amat malu kerana terpaksa "bertuankan" orang luar untuk jadi pengerusi Badan Perhubungan Kedah. Majlis Tertinggi Umno perlu memikirkan kembali tindakan membawa masuk orang luar ke Kedah sebagai pengerusi Badan Perhubungan kerana di Kedah masih ramai pemimpin yang mampu merampas kembali Kedah dari pembangkang. Tetapi kerana mereka yang ada kuasa di peringkat bahagian di Kedah "takut bersuara", maka inilah sebenarnya berlaku...beku dan kaku... Mungkin inilah budaya dalam Umno agaknya. Apabila permimpin berundur, mereka sudah tidak ada tempat lagi dalam parti. Jangan disamakan keadaan Kedah dengan tindakan MT melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang. Politik Pulau Pinang lain, politik Kedah lain. Sebelum terlambat, bawa bincang-bincanglah.

Daripada: SAAD NOORDIN
BALING, KEDAH

bernama


BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila@gmail

4 ulasan:

  1. Tanpa Nama3/5/09 11:56 PG

    Dulu kami di SABAH bertuankan org semenanjung juga,TUN GHAFFAR BABA jadi pengerusi UMNO SABAH.Skrg kamu rasakan org SABAH jadi TUAN di KEDAH......

    BalasPadam
  2. Mudah saja sebabnya. Semua negeri-negeri yang di terajui oleh pemimpin luar adalah kerana tiada siapapun pemimpin dari negeri tersebut mendapat sokongan padu bahagian. Dengan kata lain, mereka berpecah.

    BalasPadam
  3. lepas nie kita import lee kuan yew pulak jadi pengerusi BN kedah...hahahhaaa...

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama3/5/09 1:23 PTG

    itulah MT BN/UMNO,kerna tiada kepercayaan lagi dgn UMNO Kedah,makanya dia hantar orang luar ke Kedah untuk menjadi ketua korang...padan lah muka korang ni...percaya sangat dgn BN/UMNO...kalau aku keluar je dari belenggu UMNO ni demi maruah anak Kedah...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive