Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mei 03, 2009

umno pas: KENYATAAN MEDIA YB V.SIVAKUMAR 3 MEI 2009



Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Yang Dipertua Dewan Negeri Perak pada 3 Mei 2009


Kebenaran Masuk Dewan Untuk Semua Media Akhbar & Elektronik


Saya membuat ketetapan bahawa semua pihak media dibenarkan masuk untuk membuat liputan persidangan Dewan Negeri Perak pada 7 Mei 2009. Semua media termasuk mana-mana media yang telah dihalang untuk masuk dewan diminta untuk membuat permohonan bertulis di Pejabat Speaker, Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Permohonan boleh dibuat mulai 9.00 pagi pada 4 Mei 2009.

Saya akan mengeluarkan surat kebenaran kepada media-media mengikut pertimbangan saya. Di sisni, saya menggunakan Perintah-perintah 84 yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua Dewan Negeri untuk mengeluarkan kebenaran am kepada wakil mana-mana jurnal menghadiri persidangan dewan . Perintah-perintah tetap ini juga membolehkan Yang Dipertua Dewan untuk membatalkan kebenaran yang diberi.

Arahan ini dikeluarkan untuk menjamin prinsip-prinsip demokrasi dan kebebasan media. Rakyat harus mengetahui apakah yang berlaku dalam persidangan secara telus. Tidak ada sebab untuk menghalang mana-mana media untuk membuat liputan. Rakyat berhak mengetahui segala gerak-geri wakil rakyat mereka di dalam Dewan Negeri.

speakforperak

BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila@gmail

6 ulasan:

  1. Teruskan perjuangan untuk keadilan semua rakyat dinegara malaysia.Tahniah

    BalasPadam
  2. syabas yb siva!!!7hb mei akan mencipta sejarah,bn akan masuk kubur sendiri.....

    BalasPadam
  3. LAWAN TETAP LAWAN....

    BalasPadam
  4. Pening lagi lah kepala zamry,lawan tetap lawan kasi pening kepala zamry sampai dia pengsan hahahaha.

    BalasPadam
  5. Sapa nak tumpang aku ke Ipoh pada 7hb May ni? Jom ramai-ramia kita pi lepak kat Ipoh, sambil sambil pekena limau tambun cicah garam. Jangan lupa pakai baju BERSIH atau PPSMI. Jangan lupa bawak face mask. Gerenti kita kena sembur. Alah bisa tegal biasa. Alah asap kulum garam. Moh orang perak bawak guni basah, untuk cekup asap polis malaysia a.k.a. israel. Habag kat bini siap-siap, kut kut abang tak balik hari tu, confirm kena tahan polis. Ambik cuti on friday tu. See you all there........

    BalasPadam
  6. Sapa nak tumpang aku ke Ipoh pada 7hb May ni? Jom ramai-ramia kita pi lepak kat Ipoh, sambil sambil pekena limau tambun cicah garam. Jangan lupa pakai baju BERSIH atau PPSMI. Jangan lupa bawak face mask. Gerenti kita kena sembur. Alah bisa tegal biasa. Alah asap kulum garam. Moh orang perak bawak guni basah, untuk cekup asap polis malaysia a.k.a. israel. Habag kat bini siap-siap, kut kut abang tak balik hari tu, confirm kena tahan polis. Ambik cuti on friday tu. See you all there........

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive