Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mei 08, 2009

INI KE UNDANG-UNDANG RIMBA YANG DIKATA ZAMBRY







UMNO BN memang kemaruk pada kuasa...sehebat mana perancangan mereka,hebat lagi perancangan Allah.UMNO BN sengaja melupakan hakikat tersebut. Mereka ini tidak dapat menerima hakikat yang mereka sudah ditolak rakyat.Mereka cuma bergantung majoriti pada 3 ekor "katak harapan bangsa mereka" bukanlah majoriti rakyat yang memilih katak-katak itu semasa pilihanraya.

Tuan Speaker dipaksa keluar dari dewan selepas usul memecatnya dibuat,sedangkan usul itu sendiri ditolak oleh Tuan Speaker. Apa kejadahnya ni? Usul pemecatan tuan speaker pula dibuat sebaik saja sidang bermula pada ketika sidang Dun juga belum dirasmikan lagi oleh Sultan Perak.

Kejadian di DUN Perak semalam menyerlahkan lagi sikap UMNO BN yang begitu rakus dan gelojoh untuk berkuasa sepertimana yang mereka pertontonkan juga pada permulaan babak rampasan kuasa di Perak.

Kepada pemimpin Pakatan Rakyat di DUN Perak, pengorbanan anda semua demi menyelamatkan kerajaan rakyat amatlah kami banggakan. Pemimpin beginilah yang akan disanjungi dan disayangi rakyat.Ketabahan anda semua dalam menghadapi saat-saat getir ini akan dikenang bersama catatan sejarah.

Sama-samalah kita cekik,tarik dan heret UMNO BN ke kedai potong pada PRU ke 13 nanti...TAKBIRRR!!!!!!


Kenyataan Speaker Sivakumar:

Saya tidak iktiraf Ganesan sebagai Speaker kerana saya telah tolak usul perlantikan Speaker.

Saya dibawa ke satu bilik oleh polis, saya jatuh 2 kali.

Media juga maklumkan seramai 8 orang telah dikasari dan ada yang koyak bajunya.

Saya diletakkan dalam satu bilik sekitar jam, yang jelas semua arahan Speaker telah diingkari.

Dari awal Speaker telah dihalang dengan usaha untuk menghalang media dari masuk untuk membuat liputan.

Kenapa ada arahan orang luar masuk dengan ada tanda nama, sebaliknya saya mohon 7 Ahli Parlimen masuk tapi ditolak. Jadi jelas ada campurtangan pihak lain keatas kuasa Speaker.




Idham Lim

BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. cerita ni smlm kuar beritakan..memang kecoh kat dewan tu..tapi berita yang milik bn tetap menyalahkan pembangkang atas insident tersebut..

    BalasPadam
  2. apa yg jadi 30 minit sebelum gambar ni di ambil?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive