Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mei 15, 2009

Nizar vs Zambri: Bubar... semacam dah dekat je

Cara mana atau kaedah mana sekalipun ditangani berkaitan apa yang berlaku di Negeri Perak, ia merupakan atau mencerminkan bagaimana demokrasi itu sendiri bernafas di Malaysia.

Samada demokrasi akan hidup subur untuk masa-masa mendatang bergantung bagaimana segala kemelut di Perak itu ditangani.

Tidak jemu-jemu, para blogawan/blogawati, penganalisa politik serta orang awam di warung-warung kopi membincang serta membuat beberapa analisa dan andaian sendiri.

Pada satu ketika UMNO dengan lagak samseng, membelakangkan undang-undang, mem'bakul-sampah'kan perlembagaan, meng'nyah'kan peraturan dewan, bertindak seolah-olah mereka saja yang faham undang-undang, menggunakan Setiausaha Kerajaan, Setiusaha Dewan, 'pendatang-asing' yang tidak diundang masuk ke Dewan seperti orang hilang akal, seperti beruk kena belacan, mengheret Speaker keluar Dewan.

Tetapi perkembangan terakhir, menampakkan semacam ada cahaya dihujung terowong, Presiden UMNO telah menunjukkan kelembutannya, bahawa salah satu cara menyelesaikan segala kemelut ini dengan membubarkan DUN.

Rakan sekutu UMNO seperti Gerakan dan MCA, para pakar undang-undang banyak memberi tekanan pada Mr.Presiden UMNO.

UMNO boleh bersikap 'babil', tak peduli apa orang ramai kata, tetapi memikirkan parah PRU13 lebih hebat dari parah bubar DUN, maka UMNO tiada mempunyai pilihan lain.

Proses pembubaran Dewan ialah ditangan Istana. Peranan seorang Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO amat penting untuk menyakinkan Istana sepertimana ia berjaya membawa 3 ekor katak jadian untuk menyakinkan Istana bahawa UMNO/BN mempunyai cukup majoriti ketika bermulanya kemelut politik pada bulan Februari dahulu dan berpanjangan sehingga sekarang.

Ini bertentangan dengan mentornya yang takut dengan kekalahan. Beliau lebih berminat dengan cara membawa usul undi tidak percaya di Dewan. Itulah di antara 'antics' yang mentornya amat mahir, amat pakar dengan kerja-kerja halusnya yang licik tetapi nampak semacam halal. [Saksikan bagaimana beliau meng'nyah'kan DSAI secara 'terhormat' hanya berdasarkan buku 50 dalil. Segal kelicikannya hampir-hampir menghancurkan demokrasi.]


al-brangi


GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com

3 ulasan:

  1. Aku tak yakin langsung DUN Perak akan dibubarkan. Tapi aku berharap juga.... mana tau orang putih kata ada miracle ..... sehari dua ini.

    BalasPadam
  2. PM Najib berkata "BN jadi kerajaan kerana direstu Sultan. Dulu sepatutnya BN yang jadi kerajaan kerana BN mendapat majoriti tetapi Sultan panggil DAP, PAS dan PKR dan mereka setuju pilih Nizar jadi MB. Kali ini giliran Zambry pula jadi MB.Sultan sudah bertanya kepada ADUN Bebas dan mereka memihak kepada BN. Jadi tidak ada apa-apa yang illegal."
    Maksudnya : Hakim Yang Arif, Polis yang Cekap, SPR dan SPRM, Sultan, SUK, Tukang Karut, Media Prima haruslah faham bahawa mesti kekalkan Zamri kerana tidak ada apa-apa yang illegal.Rakyat didahulukan.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama16/5/09 1:59 PG

    gedung akal, akal ko ternyata masih senteng...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive