
Pemimpin-pemimpin Pembangkang Bincang Krisis Perak Esok
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Pemimpin-pemimpin parti pembangkang akan mengadakan perjumpaan esok bagi membincangkan isu berhubung krisis politik Perak, dan bagi menentukan langkah seterusnya yang akan diambil.
Anggota Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang berkata krisis Perak bukan sesuatu yang bersifat kenegerian semata-mata, tetapi ia adalah krisis yang menggambarkan perlembagaan dan institusi negara.
Beliau yang ditemui pemberita selepas menghadiri satu forum umum di sini malam ini bagaimanapun enggan memberitahu di mana mesyuarat itu akan diadakan nanti.
Penasihat DAP itu juga berkata beliau akan mencadangkan supaya satu perjumpaan diadakan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu kerana ia membabitkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa.
-- BERNAMA
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com