Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mei 13, 2010

6 pemimpin Pemuda MIC Negeri Sembilan letak jawatan

Oleh G. Manimaran


Enam pemimpin kanan Pemuda MIC Negeri Sembilan termasuk anak pengerusi parti negeri itu meletakkan jawatan semalam, dikhuatiri melumpuhkan kepimpinan dan konvensyen pergerakan itu, Ahad ini.

Enam yang memutuskan untuk meletakkan jawatan terdiri daripada Timbalan Ketua Pemuda MIC Negeri Sembilan, M. Thirunakarasu, Setiausahanya Palani Mahadevan, dua setiausaha iaitu K. Partiban dan Sathish, Bendahari A. Accuthan dan Ketua Penerangannya R. Thinalan.



Mereka menggariskan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Ketua Pemuda MIC negeri itu sebagai alasan keputusan pihaknya.

Keenam-enam mereka mendakwa Ketua Pemuda MIC Negeri K. Murali gagal menjalankan tugas dengan baik dan sudah tidak layak untuk menerajui mereka.

Murali dihubungi beberapa kali tetapi dapat memperoleh reaksi beliau.

Barisan kepimpinan Pemuda MIC Negeri Sembilan terdiri daripada 11 orang termasuk empat ahli jawatankuasa kerja. Tujuh orang merupakan pemimpin kanan.

Lima daripada enam yang meletakkan jawatan itu merupakan Ketua Pemuda MIC bahagian.

Ketua Pemuda MIC negeri dilantik oleh Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.

Beliau akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat bulanan MIC esok.

Ketua Pemuda MIC Pusat T. Mohan ketika The Malaysian Insider dihubungi mengesahkan masalah yang menimpa Pergerakan Pemuda MIC Negeri itu tetapi menganggap ia bukan sesuatu yang serius.

“Ia bukan isu yang serius. Saya sudah mengadakan pertemuan dengan mereka petang tadi. Masalah ini timbul kerana rasa tidak puas hati dengan ketua Pemuda MIC negeri.

“Belum ada surat letak jawatan hitam putih (daripada mereka)... saya yakin masalah ini akan selesai,” kata beliau ketika dihubungi hari ini sambil mengakui mereka masih bersama Pemuda MIC negeri.M/Insider

Difahamkan Mohan telah meminta mereka berkompromi.

detikdaily


Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive