Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mei 15, 2010

"Berdentum Kepala Saya, Mulut Saya Berdarah"


KUALA LUMPUR 14 MEI: Mangsa kekasaran polis pada perhimpunan membantah lesen judi bola di Masjid Jamek Kampung Baru petang tadi, Muhammad Karim Abdullah kesal menganggap polis cuba bertindak kasar dalam menyuraikan program itu.

“Saya sedang memegang pembesar suara itu, tiba-tiba pihak polis merampasnya dari tangan saya, mereka menolak dan memukul saya. Saya jatuh, berdentum kepala saya dan keadaan ini yang membuatkan keadaan bertambah kecoh.

“Mulut saya berdarah dan kepala saya sakit akibat ditolak dan terjatuh ke bawah terkena ekzos motosikal,” katanya kepada TV Selangor, hari ini.

Lebih 1,000 orang termasuk orang bukan Islam menyertai perhimpunan membantah kelulusan lesen judi bola sepak sempana kejohanan Piala Dunia, di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru petang tadi.

Perhimpunan selepas solat Jumaat itu hanya berlangsung selama kurang dari lima minit berikutan larangan pihak berkuasa, malah seorang petugas PAS turut dikasari polis.

Mereka membawa kain rentang dan sepanduk mengecam tindakan kementerian kewangan yang diterajui datuk seri najib razak kerana meluluskan lesen judi bola walaupun mendapat bantahan rakyat.

Namun, Umno Barisan Nasional (BN) dalam usaha menutup kelemahan mempergunakan institusi polis bagi menggagalkan perhimpunan aman ini.

Polis dikatakan memberi masa lima minit kepada mereka untuk berhimpun tetapi belumpun tempoh itu berakhir, kira-kira 20 anggota polis menyerbu menyebabkan kekecohan itu berlaku.

tvs


Share

4 ulasan:

  1. yg jadi bodoh buat,, apa lepas sembahyang blk rmh sibuk pasal judi buat apa yg penting jgn ada yg beli biar cina aje yg beli aku takut nanti org pas yg byk beli,easanye klu tanya tgna mesti dia kata blh beli sebab judi bola buka judi ekor,baik kamu semua pergi kedah cepat sebab kedah dah nak tumbang siap siap cari kain ka apa ka nak baring atas jalan mcm kat perak

    BalasPadam
  2. kah kah kah oang lain yang beli judi bola siap kaya lagi klu menang,, yang sakit badan orang pas otak letak kat lutut semua tu,,,

    BalasPadam
  3. ada dua ekoq sarkas ameno/apco kat atas :-)

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama16/5/10 3:39 PG

    betui guna akai betul biar la kita nak pecah kepala ke ap ke yg sibuk buat apa janji apa yang dap suruh kita buat yg pkr suruh kita buat kita bukan pandai sangat mcm dap pkr biar mereka arah apa saja kita ikut aje baru la dinamakan parti pakatan mereka tak payah susah duduk di pejabat biar kita turun padang

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive