Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Mei 11, 2010

Keluarga Aminulrasyid tuntut polis mohon maaf

Mei 11, 10

Keluarga Aminulrasyid Amzah - pelajar 15 tahun yang ditembak polis hujung bulan lalu - menuntut pihak polis supaya memohon maaf kepada mereka dan membersihkan nama arwah daripada dilabelkan penjenayah.

Wakil keluarga arwah, Kamaruddin Hassan mempersoalkan kenapa polis Negeri Sembilan boleh memohon maaf kepada keluarga mangsa tembakan di Gemenceh tetapi dalam masa yang sama, polis Selangor masih senyap walaupun kesnya hampir sama.

Sementara itu, peguam keluarga itu N Surendran pula menuntut supaya beberapa pegawai atasan polis, khusunya Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar disiasat oleh sebuah badan bebas.

Surendran berkata pihaknya mahukan pihak terbabit dirujuk bawah Seksyen 11 Kanun Keseksaan kerana didakwa memberikan maklumat mengelirukan ekoran kenyataan awal bahawa pihak berkuasa menjumpai parang dalam kereta yang dipandu Aminulrasyid.

Turut hadir dalam sidang media itu beberapa anggota keluarga Aminulrasyid dan seorang lagi peguam mereka Lateefa Koya.

malaysiakini


Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive