Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mei 09, 2010

Kemenangan PRK Sibu Bakal Ubah Lanskap Politik Sarawak

Oleh Faizal Ezzany


SIBU 8 Mei - Kempen pilihan raya kecil Bandar Sibu yang bermula hari ini akan melihat satu persaingan sengit antara dua musuh tradisi iaitu calon Pakatan Rakyat daripada DAP dan Barisan Nasional daripada SUPP.
Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali menyifatkan angin perubahan yang berlaku sekarang di Sibu kepada calon Pakatan Rakyat sebagai suatu perkembangan yang membanggakan.
"Sokongan terhadap Pakatan Rakyat merupakan satu detik bersejarah kerana tidak pernah calon DAP diiringi dengan begitu ramai pemyokong dari PAS, KEADILAN dan juga SNAP.
"Keadaan ini menandakan kedudukan Pakatan Rakyat di Sarawak menjadi semakin kukuh dengan prinsip satu lawan satu yang tidak dapat kita saksikan pada pilihan raya yang lepas. Perkembangan ini amat dibanggakan oleh semua pemimpin dan juga rakyat di Sarawak.
"Tumpuan kita ialah untuk memberi saingan yang berkesan dan efektif dalam usaha memberi penambahan satu kerusi di Parlimen. Penambahan kerusi ini memberi impak yang amat besar dalam perubahan yang baik kepada rakyat Sibu dan juga Sarawak," jelas Azmin yang juga Naib Presiden KEADILAN kepada Suara Keadilan.
Mengenai penglibatan calon Bebas, beliau menyifatkan ia adalah satu yang tidak relevan dalam pertandingan kali ini kerana BN akan menggunakan apa jua cara bagi memastikan kemenangan mereka.
"Mengenai calon Bebas ia adalah satu yang tidak relevan kerana pertandingan kali ini melibatkan kerusi Parlimen bukannya kerusi Dewan Undangan Negeri. Untuk calon Parlimen rakyat mahukan calon yang benar-benar boleh membawa masalah mereka.
"Seperti yang berlaku di Hulu Selangor atau pun mana-mana pilihan raya kecil, BN akan menggunakan taktik kotor mereka untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. Walaupun banyak wang yang mereka sogokkan rakyat telah sedar dengan apa yang mereka mahu.
"Kita tahu Sibu merupakan kubu kuat bagi SUPP tetapi saya yakin rakyat akan membuat satu kejutan besar pada 16 Mei nanti. Kemenangan di Sibu merupakan satu permulaan yang besar dalam merubah lanskap politik Sarawak.
"Kita telah pun bermula di Kuching dan Sibu bakal menjadi pengulangan sejarah tersebut, jika ini berlaku maka isyarat yang jelas kepada BN bahawa Sarawak kini memerlukan perubahan kepada pimpinansekarang," tegas Azmin lagi.

suara-keadilan

Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive