Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mei 16, 2010

KEPUTUSAN TAK RASMI PRK SIBU



KEPUTUSAN RASMI

16/05/10 11.00malam: SPR telah mengumumkan keputusan rasmi sebentar tadi.
DAP diistiharkan menang di P212 Sibu.

DAP - 18,845
BN - 18,447
Bebas - 232

Majoriti 398

Laporan Terkini...(SILA REFRESH PAGE)

10.35malam: SPR dijangka mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu dalam tempoh 10 minit lagi.

16/05/10 10.15malam: Di Dewan Suarah, dua pemimpin SUPP sedang mengadakan pertemuan dengan pegawai pengurus pilihan raya, Wong See Meng. Difahamkan mereka sedang berbincang mengenai kelewatan pengumuman keputusan undi pos.

Mereka kemudian disertai oleh pemimpin DAP Ng Wei Aik, Lim Lip
Eng dan Ronnie Liu.

10.10malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa Borang 15 bagi undi pos sedang dibawa ke pusat perjumlahan di Dewan Suarah.

"SPR sedang menunggu keputusan rasmi undi pos," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Omar Wan Omar berkata pihaknya akan memberi penjelasan mengenai kelewatan tersebut.

"Saya akan jelaskan selepas kami umum keputusannya sebentar lagi," katanya.

Laporan Terdahulu...


16/05/10 10.09malam: Semua pemimpin utama DAP sedang menunggu di Wisama Sanyan, tempat undi pos dikira.

Lim Guan Eng memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bimbang "sesuatu yang tak kena sedang berlaku" dan berharap pegawai SPR boleh mengeluarkan Borang 15 - dokumen yang mengesahkan keputusan rasmi undi pos.

Juga difahamkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pulang ke Kuala Lumpur.

9.50malam: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mempersoalkan kelewatan SPR mengumumkan keputusan kiraan 2,571 undi pos.

"Pengiraan undi pos bermula jam 5.30 petang dan selesai pada jam 8.30 malam."

Beliau bertanya mengapa berlaku kelewatan lebih satu jam untuk mengumumkan keputusannya.

Laporan Terdahulu...

16/05/10 9.35malam: Pengiraan undi pos telah pun tamat. Dilaporkan BN mendapat 2300 dari undi pos.Ini bermakna DAP menang dengan majoriti 290 undi.

DAP Menang!!! majoriti tak penting,yang penting para Pemimpin BN mula meninggalkan Dewan Suarah,menandakan BN kalah.kah!kah!kah!...

16/05/10 8.57malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan majoriti 2,590 undi. Sehingga ini, 109 daripada 110 saluran telah dikira.

DAP - 18,570
BN - 15,980
Bebas - 201

Majoriti 2,590

Keputusan setakat ini tidak termasuk satu lagi saluran yang belum dikira dan 2,571 undi pos. BN dijangka memenangi 90 peratus undi tersebut tetapi adakah ianya mencukupi untuk menang?

Laporan Terdahulu...

8.30malam: Keadaan di bilik gerakan DAP dipenuhi kegembiraan dan ada pemimpin DAP telah mengisytiharkan kemenangan parti tersebut, termasuk ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi melalui twitternya.

Manakala naib presiden PKR, Azmin Ali, melalui twitternya, turut mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, para pemimpin utama DAP masih mahu menunggu keputusan rasmi.

16/05/10 8.14malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,279 undi. Sehingga ini, 99 daripada 110 saluran telah dikira.

DAP - 18,211
BN - 14,267
Bebas - 138

Majoriti 3,944

16/05/10 8.10malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,279 undi. Sehingga ini, 99 daripada 110 saluran atau kira-kira 95.5 peratus, telah dikira.

DAP - 17,120
BN - 13,841
Bebas - 137

Majoriti 3,279

16/05/10 7.58malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,130 undi. Sehingga ini, 97 daripada 110 atau 93.90 peratussaluran telah dikira.

DAP - 16,786
BN - 13,656
Bebas - 136

Majoriti 3,130

16/05/10@7.30malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,817 undi. Sehingga ini, 90 daripada 110 saluran atau kira-kira 87 peratus, telah dikira.

DAP - 15,655
BN - 12,838
Bebas - 132

Majoriti 2,817

Laporan Terdahulu...

16/05/10@7.15malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,236 undi. Sehingga ini, 83 daripada 110 saluran atau kira-kira 81 peratus, telah dikira.

DAP - 14,83
BN - 12,049
Bebas - 129

Majoriti 2,236

Laporan Terdahulu...

16/05/10@6:42PM- Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan 914 undi. Sehingga ini, 59 daripada 110 saluran atau kira-kira 56 peratus, telah dikira.

DAP - 9,188
BN - 8,274
Bebas - 89

Majoriti - 914

Laporan Terdahulu...

16/05/10@6:09PM- Mengikut pengiraan tidak rasmi terkini, BN mendahului dengan 1,869 undi. Setakat ini, 26 daripada 110 saluran, atau kira-kira 20 peratus undi, telah dikira.
BN - 4,303
DAP - 2,434
Ind - 41

Majoriti - 1,869


Dey macha!!! BN terlampau nak menang..tengok mak cik ni,diekori rapat dari belakang oleh perayu undi BN,Pemuda PBB yang menggempur habis-habisan. Diketuai oleh Fadillah Yusof, exco Pemuda PBB menemui penduduk di Kampung Hilir Sibu, merayu mereka turun mengundi dan menyokong Barisan Nasional (BN). Turut kelihatan dalam gambar ialah naib ketua pemuda PBB, Pandi Suhaili.
Gambar oleh Sahrein Maloh


Share

2 ulasan:

  1. nak komen org kemain...tarikh undi pon tak reti tulis...buat malu ja...kalau org tgk, eh, da lepas da undi ni....serabut la kau ni!

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama17/5/10 2:30 PG

    tahniah pengundi sibu.. undi pos memang x boleh pakai zaman ni..komen 1 memang serabut dan biarkan dia serabut dengan benda yang dia rasa serabut sebab dia adalah seorang yang serabut. bodoh apenya yang serabut ni gi komen benda yang x serabut. memang serabut la kau

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive