Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mei 05, 2010

Pengiraan Sistem Bacaan Elektrik Dipertikai



KUALA LUMPUR : Tindakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggunakan sistem bacaan kadar penggunaan elektrik dua bulan sekali mengundang rasa kurang senang di kalangan penduduk di Ipoh, Perak.

Rata-rata penduduk di Perak menggesa TNB menggunakan cara lama iaitu dengan bacaan setiap bulan.

Mengulangi gesaan penduduk, Ahli parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan, ADUN Pasir Pinji Thomas Su dan ADUN Teja, Chang Lih Kang memgambil inisiatif mengunjungi pejabat Suruhanjaya Tenaga Negeri Perak Selasa lalu.

Ujar Thomas, alasan TNB yang mengatakan syarikat utiliti itu menghadapi kekurangan kakitangan sehingga terpaksa menggunakan sistem baru adalah tidak relevan sama sekali.

Selain menghadapi masalah kekurangan pekerja, TNB juga mendakwa sistem berkenaan dilaksanakan sebagai proses untuk menuju negara membangun dan menjadi amalan di Singapura, United Kingdom , Jerman dan Peranchis.

Kata Thomas, walau apapun tujuan TNB, syarikat utiliti utama itu seharusnya mengutamakan kepentingan rakyat terlebih dahulu.

Tambahan pula elektrik adalah keperluan asas kehidupan semua golongan rakyat.

Ujarnya masyarakat negeri ini hanya mahukan penetapan tempoh bacaan kadar penggunaan tenaga elektrik yang lebih adil dan sistematik setiap bulan.

Malah, mengikut perundangan, TNB perlu kembali menjalankan sistem bacaan kadar pengunaan elektrik secara bulanan seperti yang termaktub dalam seksyen 4(1) Akta Bekalan Elektrik 1990.

erapakatan


Share

2 ulasan:

  1. aku dah kata perak ni bukan ajer air deme nak kira dua bulan sekali... api pun sama jugak.. nak untung banyak ler tu

    BalasPadam
  2. api pun dah dinaikkan 7 sen sejak dua bulan lalu tanpa perlu menunggu keputusan kabinet.... apa lagi yang akan naik secara senyap

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive