Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, November 09, 2010

Rogol anak ketika isterinya keluar bekerja

Remaja 14 tahun trauma tiga kali dirogol bapa

PETALING JAYA – Seorang remaja berusia 14 tahun bukan saja trauma akibat dirogol, malah lebih menyedihkan apabila perlakuan rakus itu dilakukan sebanyak tiga kali oleh bapanya sendiri di rumah mereka di Taman Medan, di sini, sejak sebulan lalu.

Difahamkan dua kejadian terdahulu langsung tidak diketahui mangsa sehinggalah dia tersedar dari tidur pada Rabu lalu dan mendapati bapanya berada atas badannya dalam keadaan tanpa seurat benang.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa yang terkejut dan menyedari diri dirogol, terus menghubungi ibunya yang bekerja sebagai operator kilang untuk memaklumkan kejadian itu.

Menurutnya, laporan polis dibuat ibu mangsa, sebelum polis menahan suspek berusia 38 tahun itu di rumah mereka kira-kira jam 11 malam hari yang sama.

“Hasil soal siasat awal mendapati, suspek merogol anaknya sebanyak tiga kali, termasuk kejadian pada Rabu lalu.

“Ketiga-tiga kejadian itu dilakukan suspek ketika isterinya keluar bekerja bagi mengelakkan perbuatannya diketahui,” katanya, semalam.

Menurutnya, mangsa mendakwa sebelum ini, dia pernah bangun pagi dan mendapati dirinya bogel. Walaupun berasa pelik, dia langsung tidak mengesyaki apa-apa.

Katanya, perbuatan terkutuk suspek yang bekerja sebagai pemandu, bagaimanapun, terbongkar Rabu lalu, setelah suspek melakukan perkara sama ke atas mangsa.

Arjunaidi berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut, menjurus kepada pelbagai aspek, termasuk kemungkinan mangsa diugut bapanya (suspek) agar merahsiakan perkara tersebut.

“Selain itu, kita sudah menghantar mangsa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan,” katanya.

Beliau berkata, suspek kini direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

SH


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive