DAH AGAK DAH BAI...KALO KENA KAT UMNO SEMUANYA HALALAN THOIIYIBBAAAAA...KAH!KAH!KAH!
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin bahawa bayaran RM20 yang ditaburkan kepada orang ramai sebelum majlis jamuan makan malam anjuran Wanita Umno di Batu Sapi, Sabah bukan bertujuan membeli undi.
Ketika dihubungi hari ini, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan seumpama itu sukar dibuktikan.
“Kita banyak dengar perkara ini, ada orang bagi basikal dan makanan. Mereka boleh beri pelbagai alasan. Lihat contoh PAS, kata mereka bayaran RM250 untuk pengundi luar supaya pulang mengundi di Galas bukan rasuah tetapi sebagai elaun pengangkutan,” katanya dengan panjang lebar melalui telefon.
Lagipun, kata Aziz kesalahan seumpama itu sukar dibuktikan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mereka perlu menunjukkan bahawa penerima habuan berkenaan telah mengundi parti yang memberi.
“Undi kita rahsia, jadi bagaimana kita nak tahu parti mana yang dipangkah oleh orang yang menerima wang itu? Saya tidak dapat melihat hubungan itu.
“Terdapat ramai peguam hari ini dan mereka boleh memutar daripada hitam kepada putih, jadi kamu kena ada bukti yang jelas dan pasti 100 peratus perkara itu berlaku. Jika tidak, usaha itu jadi sia-sia.”
Malaysiakini sebelum ini telah melaporkan bahawa Wanita Umno dikesan menyerahkan wang RM20 kepada mereka yang sanggup memberikan butiran peribadi dan juga mendedahkan parti mana yang disokong mereka.
Malah, perkara itu juga berjaya dirakamkan oleh seorang wartawan. Seseorang yang perlu menunjukkan myKad mereka bagi membuktikan mereka adalah pengundi di kawasan itu.
Menurut seorang wanita yang berbaris: “Ini untuk pengundi. Tunjukkan myKad untuk buktikan kamu pengundi dan mereka akan berikan wang.”
Kebanyakan yang beratur pada hari berkenaan adalah rakyat Malaysia keturunan Cina meskipun majlis berkenaan didakwa untuk sayap pekerja Wanita Umno.
Malah, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil sendiri mengesahkan wang itu adalah untuk pekerja parti yang ke Sabah untuk membantu kempen BN.
Bagi membuktikan perkara itu, wartawan Malaysiakini juga beratur dan juga diberikan wang RM20 itu. Malah identiti pengenalan juga toidak lagi diminta.
Aziz kemudian diminta membaca laporan berkenaan dan melihat klip video tersebut. Selepas berbuat demikian pengerusi SPR itu menghantar mesej teks kepada Malaysiakini bahawa beliau yakin bahawa wang RM20 itu adalah hanya untuk pekerja parti dan bukannya untuk pengundi.
“Selepas baca (laporan berita) saya percaya bahawa pekerja parti adalah dari seluruh Sabah dan yang penting mereka bukan pengundi Batu Sapi.
“Wang tunai RM20 diberikan sebagai bayaran pengangkutan dan malah wartawan Malaysiakini juga dapat, baiknya...Apa ini?”
Namun, katanya, beliau akan menyerahkan laporan dan video berkenaan untuk penasihat undang-undang SPR supaya mengjkajinya dan mengambil tindakan jika perlu.
Malaysiakini akan menyerahkan wang tersebut kepada pihak SPR bagi membantu siasatan.
MK
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, petikan yang ada dalam web SPR sendiri pun tertulis dengan jelas
BalasPadam... bagi maksud untuk memperngaruhi secara rasuah orang itu atau mana-mana orang lain supaya memberi atau tidak memberi undinya dalam pilihan raya itu atau oleh sebab mana-mana orang itu atau mana-mana orang lain telah mengundi atau tidak mengundi atau akan mengundi atau tidak akan mengundi dalam pilihan raya itu. - SPR
itu namanya rasuah la tu. babi spr!
Akhirnya semua sama.
BalasPadamBN dan Alternetif pon bagi duit jugak. Yang kena tipu rakyat Malaysia.
Tak der beza Nik Aziz bagi pada orang asli. Kenapa ?? Pasal UMNO boleh buat. Maka PAS pon nak buat.
Jadi apa beza undi UMNO dengan undi PAS ??? Tak der beza, dua-dua pemberi rasuah.
undang2 nye dah tak mantap, nak buat macam mana....
BalasPadamsudir,
BalasPadamJubing sabah,
kawan rasuah itu bukan jalan kemenangan utk 2parti yg berempaspulas siang malam,raih undi,yg penting rakyat dahulukan siapa tak dak duit,hanya golongan tua nak buang sisi2 hidup kat PP tu yg bogok,yahudi umno mamak tu suka putar buntut tua utk diperbodohkan,sebab tu 1malaysia sukar di capai sebab terlalu byk yg bodoh nak ikut..
ikut2 toloq,
BalasPadammana ada zaman ni org tak dak duit,gaji cukup makan/byr utang je,ekonomi tenat3,org umnok satu jadahpun tak reti2 kesengsaraan rakyat,dia pegang duit ,kot2 hamburlah kat batu sapi tu,kesian yg miskin dah je papa,meraih simpati lagitu,aku harap umnok jgn sombonglah itu duit rakyat bukan duit bapak umnok,bagilah pada yg miskin...