Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, November 03, 2010

Khalwat Dalam Kancil Di Tol Lunas

Sepasang kekasih berusia 20 tahun ditangkap khalwat kerana berdua-duaan dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil di tempat letak kereta di tol Lunas kira-kira jam 2.30 pagi. Pasangan itu pada mulanya di tahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang membuat rondaan dan kemudiannya memaklumkan perlakuan tidak sopan pasangan itu kepada PADK.




“PADK menerima aduan dari JPJ kira-kira jam 2 pagi. Ketika pemeriksaan dibuat oleh JPJ terhadap pasangan itu, mereka dikatakan sedang melakukan perbuatan tidak sopan dalam kereta. Pasangan perempuan pula didapati tidak memakai pakaian dalam. Selain itu, tingkap kereta mereka juga ditutup dengan kain supaya orang luar tidak dapat melihat apa yang sedang mereka lakukan.


"Salah seorang dari mereka merupakan penuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Kulim. Selain itu mereka juga mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram".


Pasangan kekasih itu kemudiannya di bawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan. Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman denda RM2,000 setiap seorang, atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.


Pasangan itu kemudiannya dibebaskan setelah membayar wang jamin diri RM1,000 setiap seorang.



sgkasai

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive