Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Jun 16, 2009

SIARAN LANGSUNG SIDANG DEWAN RAKYAT



SAKSIKAN SIARAN LANGSUNG SIDANG DEWAN RAKYAT DI SINI

Dewan Rakyat - 16 Jun 2009 (Selasa)
Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal kedua Parlimen ke 12 akan mulai bersidang pada 15 Jun 2009 hingga 30 Jun 2009.

a. Doa

b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

1. Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) langkah-langkah untuk mengatasi ketidakseimbangan bagi permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); dan
(b) jumlah bilangan (ikut kaum) yang berjaya mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam pada tahun 2009.

2. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tidakkah Kerajaan bercadang menerima tandatangan penggawa dan penghulu Kerajaan yang diiktiraf dan tidak hanya tandatangan PPM untuk mendapatkan baja subsidi LPP sepertimana arahan pekeliling terbaru Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

3. Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan langkah-langkah Kerajaan untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala terutamanya dalam bidang ekonomi di antara Malaysia dan negara-negara Asia Tengah seperti Uzbekistan dan Kyrgystan.

4. Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Bank Negara terhadap syarikat-syarikat insurans yang kini tidak lagi menerima "Third Party Insurance" untuk kenderaan lama dan memaksa semua pemilik-pemilik kenderaan itu agar membeli "First Party Insurance".

5. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan memandangkan rancangan Kerajaan membina pangsapuri bagi peneroka FELDA lebih menjimatkan daripada pembinaan rumah-rumah konvensional dan bagaimanakah pula kesan sosial yang akan dialami oleh masyarakat FELDA pangsapuri di masa akan datang.

6. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI kursus-kursus yang ditawarkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi setelah Kementerian ini dibubarkan.

7. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah Kerajaan melihat soal liberalisasi kewangan boleh membantu meningkatkan pembangunan kewangan dan ekonomi negara apatah lagi Malaysia dan dunia sekarang bergelut dengan kemelesetan ekonomi sejagat.

8. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah sebabnya pengusaha-pengusaha Melayu Islam masih ketinggalan dalam melahirkan produk halal dan apakah usaha Kementerian dalam mengatasinya juga apakah peranan HDC di sini.

9. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) dalam menangani epidemik seperti selesema babi (H1N1). Apakah langkah Kerajaan bagi mengawasi semua pintu masuk melalui air, ke negara ini terutama sekali pintu masuk haram; dan
(b) adakah Kerajaan bersedia untuk membekalkan alat pengimbas haba di setiap lapangan terbang antarabangsa negara ini.

10. Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) langkah-langkah yang diambil bagi mencegah kuasa bekalan yang berlebihan bagi rumah, bangunan komersial dan kondominium; dan
(b) kenapakah projek rumah Skim Bina dan Jual masih lagi diimplementasikan.

11. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan produk-produk tempatan khususnya keluaran Bumiputra yang dipasarkan melalui FAMA tidak dikenali oleh begitu ramai rakyat berbanding dengan produk yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat gergasi tempatan. Apakah Kementerian akan mengkaji semula cara pemasaran yang dijalankan oleh FAMA.

12. Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan pencapaian Universiti Sains Malaysia (USM) sejak dipilih sebagai Universiti Apex.

13. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan statistik status perlaksanaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) terkini dan apakah strategi dan langkah pihak Kementerian untuk menggalakkan syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan agar turut serta di dalam projek PPRT, seperti dilakukan oleh Tabung Haji di Kuala Terengganu.

14. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan mengenai bantuan yang telah diberikan kepada pesawah yang mengalami banjir pada tahun 2008 dan 2009 yang lalu khususnya di kawasan Muda (MADA) serta apakah rancangan jangka panjang yang telah dibuat oleh Kementerian supaya banjir ini dapat diatasi di kawasan tanaman padi utama negara.

15. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan berapakah jumlah projek yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan bagi projek biodiesel sejak tahun 2006 hingga sekarang dan berapakah projek biodiesel tersebut telah berjaya.

Soalan-soalan MP PAS yang telah disenaraikan:
Soalan No. 16 - Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah pegangan saham Tabung Haji (TH) dalam syarikat Ramunia Berhad dan berapakah harga nilai semasa saham tersebut dan berapa harga sewaktu TH beli.

Soalan No. 18 - Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah perbelanjaan di bawah peruntukan Dana Khas dari wang royalti Terengganu yang telah dibelanjakan oleh Kementerian-kementerian, Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri dari tahun 2000 hingga 2009. Bilakah jumlah kewangan tersebut akan dibayar balik kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

Soalan No. 22 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah yang telah dan akan diambil untuk memastikan Pesuruhjayapesuruhjaya Bangunan yang dilantik di bawah Seksyen 3, Akta 663 dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan.

Soalan No. 24 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bersedia untuk mengkaji semula peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan adakah Kerajaan sedar terdapatnya beberapa peraturan perjalanan pilihan raya yang seringkali menimbulkan kontroversi dan boleh menjejaskan sistem demokrasi di negara ini.

Soalan No. 38 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah asas pelantikan Tun Abdullah Badawi sebagai penasihat pembangunan koridor dan berapakah gaji, elaun dan kemudahan yang diterima sebagai penasihat pembangunan koridor.

Soalan No. 70 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah keseluruhan peruntukan Kementerian untuk projek-projek infrastruktur bagi negeri Kedah untuk tahun 2008 dan 2009 dan menyenaraikan projek-projek meliputi semua jenis prasarana yang telah diluluskan bagi Daerah Kuala Muda dan Daerah Yan untuk tahun 2008 dan 2009.

Soalan 80 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-
(a) sejauh mana keberkesanan program Latihan dan Penempatan semula pekerja yang di buang kerja dalam usaha mengurangkan pengangguran di seluruh negara; dan
(b) impak terhadap industri pembuatan dan perladangan hasil daripada pemberhentian pekerja asing.

Soalan 98 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah perkembangan siasatan polis terhadap laporan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Balai Polis Kampung Rapat, Ipoh berikutan tuduhan Adun Titi Serong. Khalil Idham Lim yang mendakwa Zambry dan Barisan Nasional telah membenarkan bangunan Dewan Undangan Negeri dimasuki oleh 'bomoh' untuk menjampi kerusi Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

Soalan 103 - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan yang diambil untuk menyelesaikan konflik pertembungan jurisdiksi mahkamah sivil dan mahkamah syariah di Malaysia.

Soalan 105 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, DAN KEBUDAYAAN menyatakan kemajuan projek 'high-speed broadband' dan adakah infrastruktur 'broadband' ini dapat dimanfaat oleh penduduk luar bandar.

Soalan 110 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang telah diambil terhadap media luar negara yang membuat laporan-laporan berunsur fitnah terhadap beliau.

Soalan 113 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :-
(a) sama ada kekosongan jawatan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat telah diisi; dan
(b) sekiranya jawatan itu baru sahaja diisi, apakah alasannya pihak Kerajaan menunggu hampir setahun dan jika belum lagi diisi, apakah alasannya.

Soalan 118 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memberi elaun pakaian seragam kepada pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan (guru) dalam usaha memperkasakan aktiviti ko kurikulum badan beruniform di peringkat sekolah, PPD, jabatan dan Kementerian.

Soalan 122 - Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan gejala Mat Rempit sedang berleluasa dan mengganas sekarang. Apakah langkah yang berkesan untuk mencegah gejala ini daripada menular dan berleluasa.

Soalan 125 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan prosedur serta etika pemeriksaan ke atas pesakit berlainan jantina dengan doktor.

Soalan 127 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan mengenai tapak Sekolah Baru Batu 8 yang sedang di bina dan di jangka siap dalam masa terdekat ini yang dapat didapati tidak selamat kerana berada di atas lorong (laluan) air bawah tanah. Apakah tindakan Kementerian untuk atasi masalah ini.

Soalan 130 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah punca sebenar yang menyebabkan Bank Islam memberhentikan kontrak kepada sebuah syarikat perisian Swiss - Temenos Group AG, yang membekalkan sistem 'core banking'nya yang baru sahaja dimeterai setahun yang lalu dengan kos sebanyak RM100 juta bagi menaik tarif sistem ITnya. Berapakah kerugian sebenar yang ditanggung oleh Bank Islam.

c. Rang Undang-Undang Bacaan Kali Pertama

Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia 2009 - Menteri Kewangan

d. Perbahasan Rang Undang-Undang

1. (D.R. 15/2008) - Rang Undang-undang Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2008. [Menyambung Perbahasan 15 Jun 2009] (Kementerian Pertahanan)
- Perbahasan -

2. (D.R. 19/2008) - Rang Undang-undang Lembaga Hasil
Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2008. (Kementerian Kewangan)

3. (D.R. 20/2008) - Rang Undang-undang Makanan Haiwan
2008. (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani)

4. (D.R. 26/2008) - Rang Undang-undang Pengangkutan
Jalan (Pindaan) 2008. (Kementerian Pengangkutan)

5. (D.R. 13/2008) - Rang Undang-undang Identifikasi Asid
Deoksiribonukleik (DNA) 2008 - Pertimbangan dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis (28 Ogos 2008). (Kementerian Dalam Negeri)

6. (D.R. 30/2008) - Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. (Perdana Menteri)

e. Ucapan Penangguhan

1. 16.6.2009 (Selasa) - Tuan Kulasegaran a/l Murugeson
(Ipoh Barat) - Arahan Jemaah Menteri harus dilaksanakan
dengan Pentadbiran secara adil berhubung isu Pemelukan Agama. (Perdana Menteri)

2. 16.6.2009 (Selasa) - Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah) -
Jenayah mengguna pakai nama bank dan Bank Negara untuk tujuan penipuan simpanan bank. (Menteri Kewangan)

MPPAS


Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive