Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Jun 16, 2009

NIZAR TELAH LAKUKAN DUA SUMPAH



Oleh: WFAUZDIN NS

Ahli Parlimen Bukit Gantang merangkap MB Perak pilihan rakyat, YAB Ir Nizar Jamaludin hari ini telah mencatat sejarah mengangkat sumpah di Parlimen sebagai Ahli Parlimen. Sebagaimana yang dijanjikan oleh beliau kepada rakyat Perak bahawa nasib rakyat Perak akan terus diperjuangkan di Parlimen sebaik sahaja beliau menjejakkan kakinya di Parlimen terlaksana sudah. Setelah beliau mengangkat sumpah selaku Ahli Parlimen, YAB Nizar seterusnya melaksanakan sumpahnya kepada rakyat Perak iaitu memperjuangkan hak-hak rakyat Perak iaitu pembubaran Dun Perak.

Tanpa membuang masa, tanpa mengira risiko yang bakal menimpanya, YAB Nizar terus melaungkan `Bubar Dun, Hidup Rakyat' di Parlimen serta diikuti oleh semua MP dari PR. Kini, suara lantang tokoh muda dari Pas itu akan menjadi teman buat DS Anwar di barisan hadapan yang pastinya akan `mengecutkan' perut MP dari Umno/Bn. Akhirnya, seperti biasa kuasa yang ada pada Speaker digunakan untuk menyelamatkan maruah Umno/Bn di dalam Parlimen. Bersuara `Bubar Dun dan Hidup Rakyat' kini lebih bahaya atau dikira kurang baik dari bersuara mencarut, lucah dan sebagainya. Itulah Parlimen Malaysia yang juga melahirkan spesis yang sama di Dun Perak.

Ulasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang menganggap mereka yang bersuara serta memakai tanda `Bubar Dun' sebagai mereka yang `putus wayar' adalah satu ulasan yang dikira sebagai kehabisan modal untuk berhujah. Nazri Aziz dikenali sebagai `tukang kipas' paling hebat di era mana-mana PM pun. Dahulu, Tun Mahathir adalah mangsa kipas beliau hinggakan tidak kering tangan Tun dikucup oleh menteri yang tidak bijak ini. Apabila Tun tidak lagi memegang kuasa, beliau `meludah' Tun kemudiannya mengipas pula Pak Lah. Kini, Pak Lah pun hilang kuasanya, Nazri kini mencari sasaran baru untuk terus dikipas demi mengisi perutnya. Sebab itulah tidak hairan jika Tun kini baru sedar bahawa Nazri itu siapa dan Tun sendiri secara berterus terang bahawa beliau tidak senang dengan kehadiran orang yang pernah mengucup tangannya itu berada di dalam kabinet Najib.

Walau apa pun tindakan yang telah dilakukan oleh mereka terhadap YAB Nizar serta rakan-rakan dari PR, yang penting mesej dari YAB Nizar telah disuarakan sebagaimana janji dan sumpah beliau kepada rakyat Perak. Apakah kita melihat tragedi yang berlaku di dalam Parlimen sebentar tadi memberi isyarat bahawa rundingan, pakatan atau perbincangan tentang `Kerajaan Perpaduan' yang dicetuskan sekarang boleh dianggap FULL STOP? Biarlah pemimpin Pas yang menjawabnya./ wfauzdin.blogspot.com




Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma!!!
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive