Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, November 10, 2009

Durian dan cerek panas | Nizar News




Oleh TULANG-BUKAN-BESI

Melihat orang begitu asyik memilih durian yang dilonggok-longgok di tepi jalan, sesekali saya jadi teringat pengalaman seorang teman tatkala dia bersekolah di Gadjah Mada dalam tahun-tahun 70an dulu. Menurut teman ini sepanjang ingatannya, belum pernah ditemuinya seorang manusia Nusantara berkulit sawa masak yang ‘ogah’ sekali apabila berdepan dengan ...ya durian.

Walaupun sering disakat teman-teman Jawanya yang lain, "Kamu kehilangan satu nikmat hidup yang cukup menakjubkan!” Suparno tetap juga tidak berubah. Entah berapa kali mereka ramai-ramai bersepeda motor ke Kaliurang tatkala musim durian, Suprano hanya tercegat melihat.

Mengikut Suparno, durian sentiasa mengingatkan pengalamannya ketika kecil apabila katanya dia pertama kali disuguh durian. “Sungguh tidak enak rasanya!” Mengikut Suparno ternyata durian yang disuguh itu adalah durian yang ‘jelek’, busuk (apakah ada durian yang wangi?). Katanya lagi, rasa durian yang seperti itu membuat dia menolak durian buat selama-lamanya.

“Itu dulu, cuba sekali lagi sekarang. Ini buah yang sangat bagus. Ada lemak manisnya seperti aiskrim.” Teman saya pernah mengajaknya mencuba lagi, ya cuma sekali lagi saja. Suparno tidak ingin lagi mencuba durian.

Bukankah ini juga serupa dengan pengalaman anak kecil yang menyentuh cerek yang panas?

Pada sesetangah manusia, cerek tetap panas dan durian tetap memualkan, mungkin sepanjang hayatnya. Apakah kita salahkan takdir dan nasib atau kita menyalahkan kelakuan kita yang sedikit kurang cerdik jika Islam itu dilihat seperti durian dan cerek yang panas?

Kekadang orang-orang bukan Islam juga menemui pengalaman pertamanya berjinak-jinak dengan Islam. Bertuahlah jika mereka bertemu Unit Amal tatkala banjir misalnya. Namun mereka terkejut besar jika terlalu kerap berdepan dengan ucapan berapi-api bahawa Melayu mesti dipertahankan! ( kerana Melayu itu Islam? Atau Melayu itu Melayu?). Dan Islam adalah segala-galanya. Logik jenis apa yang mahu dihantar kepada saudara-saudara kita yang baru saja berjinak-jinak dengan Islam ini?

Ya, kita bercakap tentang tingkah segolongan manusia, katanya para pejuang Islam yang gagah perkasa yang katanya lagi tidak akan sekali-kali menggadai prinsip dan perjuangan Islam. Biar syahid asalkan Islam tetap tertegak! Demikianlah hebatnya para pejuang Islam ini.

Apakah segala terminologi Arab, hatta pelbagai istilah lain-lain tentang kehebatan Islam berupaya mengubah pengalaman pertama seperti ini?

Bukankah gaya pengurusan yang mengutamakan cara bekerja yang betul (seperti Unit Amal itu) jauh lebih berkesan dan oleh sebab itu lebih wajar diutamakan?

detikdaily


Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive