Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, November 07, 2009

Pas Tidak Perlu Jadi Umno Untuk Menangi Hati Rakyat | Nizar News


Prof Abdul Aziz Bari menggesa Pas mencari anjakan baru sekiranya ia mahu kekal relevan di mata rakyat.Bercakap kepada lebih 1,000 perwakilan di seminar pemerkasaan Pas, Prof Aziz berkata kritikan yang dilemparkan terhadap Pas terbit dari hasratnya untuk melihat Pas muncul sebagai parti alternatif yang berwibawa.

"Pas memerlukan anjakan baru. Dalam pilihanraya akan datang, coraknya berbeza. Politik masa hadapan bukan lagi Asalkan Bukan Umno. Pemilihan isu dan ketrampilan parti menjadi kritikal dalam pilihanraya akan datang," katanya.

"Rakyat tidak akan memaafkan Pas jika ia gagal menonjolkan calon yang berwibawa. Pas berdosa kepada rakyat kalau gagal menjadi alternatif untuk rakyat," tegasnya.

Pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa ini menarik perhatian umum dengan kritikan keras terhadap Pas khususnya Presiden Abdul Hadi Awang mutakhir ini, seperti yang dilaporkan oleh portal Malaysiakini semalam.

Memulakan ucapan dengan mempertahankan kritikan beliau di hadapan pimpinan Pas Pusat dan Dewan Ulamak, Prof Aziz berkata kritikannya tidak eksklusif kepada Pas, bahkan untuk Parti Keadilan Rakyat, DAP, Umno dan Barisan Nasional.

Tambah Aziz Bari, Pas harus sedar bahawa rakyat mengharapkan Pas menjadi sebuah parti arus baru, bebas dari pengaruh politik Umno.

"Di Malaysia sudah ada parti Melayu. Kalau parti yang dikatakan Islam, bercakap macam parti Melayu maka ini tidak elok untuk gerakan Islam," katanya.

"Bagaimana boleh kita kata kita bersama Pakatan Rakyat kalau tindak-tanduk kita menunjukkan sebaliknya," tegas beliau.

tvs


Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. dia kata kritikannya bukan hanya untuk pas, tpi pkr umno n dap

    dah terang2 dia cuma sebut nama hadi awng. nape dia tak sebut skali nama anwar yang skrg macam kura2 sembunyi kepala sebab kes liwatnya tu?

    skrg bila anwar slow pkr ntah jadi apa2 je la

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive