Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, November 01, 2009

PR Parlimen Klang Desak Badrul Hisham Letak Jawatan | Nizar News



Pakatan rakyat parlimen Klang hari ini mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul hisham Abdullah meletakkan jawatan.

Pengerusinya, Ismail Arsat berkata sebagai ADUN yang bertanggungjawab Badrul perlu mengembalikan semula hak kepada rakyat untuk memilih wakil rakyat yang baru.

Menurutnya , ia berikutan kegagalan Badrul menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan.

“Tindakan Badrul Hisham jelas bercanggah dengan prinsip-prinsip demokrasi.Seharusnya beliau mengembalikan hak ADUN kepada rakyat Pelabuhan Klang agar rakyat dapat memilih wakil rakyat yang selari dengan keinginan dan aspirasi mereka.Dengan tidak meletakkan jawatan ADUN, Badrul Hisham mengutamakan kepentingan diri dan bukanya aspirasi rakyat.Beliau ingin menikmati kehidupan senang tanpa bekerja keras dengan memegang jawatan tersebut,”katanya.

Ismail berkata, sebaliknya Badrul membiarkan tanggungjawab berkenaan dipikul Pakatan Rakyat Parlimen Klang tanpa sebarang dana dan bantuan.

“Selama beliau memegang jawatan tersebut, beliau telah mengabaikan peranan beliau sebagai Adun dan tidak menjalankan tugas untuk mewakili kepentingan rakyat.Pakatan Rakyat Parlimen Klang telah memikul dan melaksanakan tanggungjawab tersebut tanpa sebarang dana dan bantuan.Pakatan Rakyat Parlimen memikul tanggungjawab itu atas dasar keprihatinan terhadap rakyat Pelabuhan Klang khasnya dan Parlimen Klang Amnya,”jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang medianya di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Pelabuhan Klang.

Menurutnya tindakan Badrul keluar dari PKR merupakan satu pengkhianatan kepada pengundi yang memilih beliau dalam Pilihan Raya Umum lalu.

“Perletakan jawatan Badruldari PKR adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat Pelabuhan Klang. Rakyat telah memilih beliau, bukan kerana personality ataupun paras rupa beliau tetapi di atas dasar manifesto yang dipersembahkan oleh Pakatan Rakyat kepada rakyat Pelabuhan Klang.Secara langsung rakyat Pelabuhan Klang telah memilih Pakatan Rakyat untuk mewakili mereka Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor,”katanya.

Ismail berkata Badrul dirasakan lebih selesa mendampingi Umno-Barisan Nasional yang mengutamakan kroni, korupsi lebih dari prinsip demokrasi.

“Pakatan Rakyat juga mengucapkan tahniah kepada UMNO dan Barisan Nasional yang sedia menerima ADUN bermasalah serta tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat.Kami juga merasakan bahawa Badrul Hisham akan lebih selesa berada bersama Barisan Nasional yang lebih mengutamakan kroni, korupsi dan wang lebih dari prinsip demokrasi dan kuasa rakyat,”jelasnya.

Menurutnya, bagaimanapun pihaknya akan tetap berkhidmat untuk masyarakat DUN Pelabuhan Klang selari dengan prinsip telus yang dibawa kerajaan negeri.

“Pakatan rakyat juga berjanji akan lebih telus dan berhati-hati di dalam pemilihan calon untuk pilihanraya. Kami juga akan terus berkhidmat kepada rakyat DUN Pelabuhan Klang khasnya dan Parlimen Klang amnya tanpa mengira masa dan tenaga. Kami akan terus berdedikasi di dalam menegakkan prinsip demokrasi serta ketuanan rakyat. Kami akan terus membela rakyat yang tertindas dan akan cuba sedaya upaya untuk mengembalikan hak rakyat iaitu sebuah kerajaan yang telus,

tvs


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive