Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mei 16, 2010

ADUN Bukit Selambau Nafi Desas Desus Keluar Parti


Dakwaan kononnya ADUN Bukit Selambau akan keluar dari Parti Keadilan Rakyat adalah tidak benar dan berniat jahat.

Desas- desus keluar parti itu dinafikan sendiri oleh ADUN S. Manikumar, yang menyifatkan ia sebagai fitnah bertujuan untuk memecah- belahkan ikatan Pakatan Rakyat.

Khabar angin ini mula kedengaran selepas pihak tertentu menyebarkan spekulasi bahawa Kerajaan Negeri Kedah akan tumbang dalam satu operasi rampasan kuasa sepertimana yang berlaku di negeri Perak.

Selepas tindakan 3 ADUN keluar dan menjadi wakil rakyat bebas, Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak berkata Majlis Undangan Negeri Kedah akan dibubarkan bagi membuka jalan kepada pilihanraya baru sekiranya insiden yang sama berulang sekali-lagi.

Manikumar yang juga Exco Negeri Kedah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau mendalangi gerakan memecah-belahkan kerajaan negeri Kedah.

“Saya bagi jaminan, saya tegas dengan pendirian saya, saya tidak akan berganjak dari kerusi Pakatan Rakyat dikawasan Bukit Selambau.

Saya sayang rakyat yang telah undi saya, yang berjuang habis- habisan untuk saya, yang mengangkat saya menjadi wakil rakyat dikawasan ini,” kata Manikumar.

Pakatan Rakyat Kedah kini menguasai 20 kerusi dalam dewan undangan negeri iaitu 16 dari PAS, 3 PKR dan 1 DAP.
Manakala Barisan Nasional mempunyai 14 kerusi, kurang 3 kerusi untuk mendapat mandat majoriti mudah.



Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive