Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mei 01, 2010

Hari Buruh: Enam ditahan polis



Mei 1, 10

Pihak polis sejak awal pagi mengepung Dataran Merdeka - tempat acara bagi meraikan hari buruh sedunia dan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Pada jam 11 pagi, kira-kira 500 penunjuk perasaan berkumpul di luar bangunan Majlis Peguam Malaysia, kira-kira sebatu daripada Dataran Merdeka - tempat acara utama selalu dijalankan.

may first worker against gst gathering 010510 crowd  klscahPenyelaran program S Arutchelvan dan Adun Kota Damansara Dr Nasir Hashim - kedua-duanya daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) - pada mulanya cuba berbincang dengan pihak polis supaya membenarkan kumpulan tersebut berkumpul.

Bagaimanapun, polis memberikan lima minit kepada penunjuk perasaan untuk bersurai. Lima trak polis kelihatan berada di tempat kejadian, tetapi meriam air tidak kelihatan.

Selepas lima minit, dipimpin kedua-dua pemimpin PSM, kumpulan tersebut - termasuk anak kecil - bergerak beramai-ramai daripada Dataran Merdeka ke arah Jalan Petaling dengan perasaan kecewa.

Kumpulan yang riuh itu kemudiannya melencong ke Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dan menjadikan bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai tujuan akhir mereka.


Kira-kira sepuluh minit berarak, enam penunjuk perasaan ditahan polis, dipercaya kerana membawa kain rentang membantah cukai baru GST.

Kumpulan penunjuk perasaan itu - kebanyakannya memakai kemeja-t merah - berjalan melalui Jalan Petaling sehingga menarik perhatian peniaga dan pelancong di kawasan tersebut.

Mereka melaungkan slogan "Bantah, bantah, GST", "Hidup, hidup, rakyat" "Gaji, gaji minima".

Turut hadir enam pemerhati daripada Majlis Peguam Malaysia.

Setibanya di tempat letak kereta KLSCH, penganjur memimpin kumpulan tersebut ke bangunan LHDN yang terletak tidak jauh daripada dewan itu.

10 bas diberhentikan dekat Parlimen

Bagaimanapun, pihak polis kali ini bertindak bagi menghalang penunjuk perasaan daripada melaksanakan rancangan itu. Sebagagian daripada mereka dikejar kembali ke tempat letak kereta KLSCH.

Kumpulan itu akhirnya terpaksan berkerumum di KLSCH, di mana penunjuk perasaan kini duduk di kawasan parkir terbuka itu.

Sementara itu, Arutchelvan memberitahu, 10 bas darpada luar ibu negara yang mahu menyertai mereka telah diberhentikan pihak polis di Jalan Duta.

Tambahnya, kumpulan yang diketuai ahli parlimen Sigai Siput Dr D Jeyakumar itu kini di bangunan parlimen.

Arutchelvam kemudiannya memberitahu, mereka telah mendapat persetujuan polis supaya kumpulan yang dipimpin Dr Jeyakumar itu dapat menyertai mereka di KLSCH.

Katanya, kesemua mereka hanya mahu membaca deklarasi hari buruh dan bersurai selepas itu.

"Saya baru saja menghubungi OCPD, dan beliau membenarkan mereka (kumpulan dalam bas tersebut) menyertai kita di sini.

"Kita akan bersama-sama membaca deklarasi hari buruh dan beredar," kata Arutchelvam kepada kumpulannya.

Bas tersebut akhirnya kelihatan tiba juga di KLSCAH.

malaysiakini


Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive