Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mei 03, 2010

Lelaki Cuba Buang Mayat Teman Wanita

SEREMBAN: Seorang lelaki cuba membuang mayat teman wanitanya selepas dibunuhnya di kawasan Nilai Spring di sini malam tadi.

Namun cubaannya itu dikesan oleh dua anggota polis dalam sebuah kereta peronda kira-kira 10 malam.

"Lelaki tersebut yang memandu kereta Kancil didapati membaringkan mayat wanita itu di tEmpat duduk penumpang di sebelahnya.

"Ketika dia berpusing-pusing dipercayai sedang mencari tempat untuk membuang mayat itu, sebuah kereta peronda polis yang mengesyaki sesuatu telah mengekorinya," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, ACP Mohd Zaki Masroh.

"Menyedari dia sedang diekori, lelaki berusia 30-an itu terus memecut keretanya dengan dikejar oleh anggota polis selama beberapa minit sebelum keretanya terbabas.

"Ketika dapat ditahan, polis mendapati seorang wanita yang lengkap berpakaian sedang berbaring di tempat duduk sebelah. Ketika disoal, lelaki itu memberi alasan bahawa teman wanitanya sedang pengsan," katanya.

Mohd Zaki berkata namun ketika diperiksa, polis mendapati wanita itu yang dipercayai berasal dari Indonesia sudah pun meninggal dunia dan turut terdapat kesan jerutan pada lehernya.

Lelaki itu akhirnya mengaku telah membunuh teman wanitanya itu selepas mereka terlibat dalam satu pertengkaran sebelum itu, katanya. - BERNAMA

Share

3 ulasan:

  1. eh, Polis Raja Di Malaysia masa kejar kereta laki ni tak tembak pulak yek? Sudah sah laki ni lagi buat salah (bunuh) dan mencurigakan tapi tak tembak.
    Tapi kalau kereta budak 15 tahun konfem kena tembak sampai mati.

    Inilah hasil Benjamin Netanyahu (BN).
    Undila lagi

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama3/5/10 8:59 PTG

    Salam,
    1.Tak tembak sbb tak langgar polis....

    2.Jangan jadi bodoh...kalau kita di tempat polis apa yang kita buat...

    3.Ari ni seorang anggota polis cedera krn dilanggar ketika meletakkan kon utk pemeriksaan...ada siapa peduli...karpal singh tak nak ambil kes ke...

    4.Kalau salah tetap salah...tapi mepolitikkan isu tu lagi salah...

    BalasPadam
  3. Salam,
    1.ARUAH budak tu confirm tak langgar polis tapi telah ditembak mati.
    2.Ko ni bodoh...kalau ko di tempat polis mesti la ko kena buat kerja sebab rakyat yg bayar gaji buta ko slama ni.
    3.Polis cedera sikit2 biasa la...semua orang penah cedera...itu pun nk bising?...at least dia masih lagi bernyawa broo...bukan maarab..bukaaa...
    4.Sapa plak politikkan isu? UMNO/APCO memang handal politikkan isu...semua rakyat cukup tau kelaku kelayak puak2 malaun nih..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive