Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mei 03, 2010

Peninju gila seks

2010/05/03

LONDON: Juara tinju light-welterweight WBA dari Britain, peninju Amir Khan didakwa kerap mengirimkan mesej (SMS) lucah kepada gadis yang baru dikenalinya.

Amir, 23, dilapor mengirimkan gambar kemaluannya kepada seorang model.

Beliau turut mengirimkan SMS memaklumkan bagaimana beliau ingin melakukan seks ganas terhadap gadis itu.


Berita ini menggemparkan kerana sebagai seorang Islam, beliau dilihat sebagai contoh kepada atlit Britain dan turut menjadi duta yayasan kebajikan kanak-kanak didera, NSPCC sejak 2004.


Namun, model Leanne Crow, 21, mendakwa Amir sebenarnya seorang yang berbeza dan gila seks.


“Amir mungkin seorang peninju yang bagus tapi fikirannya terlalu kotor,” katanya yang mengenali Amir ketika beliau berada di Los Angeles menjelang perlawanan dengan Paulie Malignaggi hujung bulan ini.


Meskipun mengaku meminati Amir, Leanne terkejut dengan tindakan beliau mengirimkan mesej itu.


“Saya berasa seperti perempuan murahan kerana melayan semua SMSnya itu,” katanya.


Apabila menyedari kisahnya itu akan disiar media, Amir mendakwa beliau tidak mengirimkan semua SMS, termasuk gambar bogelnya. - Agensi/hmetro

Share

1 ulasan:

  1. Berita ini tidak boleh diterima bulat-bulat..tak mustahil ini agenda jahat untuk memburuk-burukan Islam

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive