Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mei 17, 2010

Penyokong BN-DAP bergelut

Ahli parlimen DAP dari Bakri, Johor, Er Teck Hwa mendakwa beliau dan kumpulan petugas pilihan raya parti itu, telah dihalang memasuki pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Sg Aup oleh sekumpulan penyokong dan ahli Umno yang diketuai oleh naib presiden Umno, Datuk Shafie Apdal.

NONEEkoran itu, kata Er, berlaku pergelutan kecil di sekolah berkenaan apabila Shafie didakwa menghalau kumpulan petugas DAP keluar dari pusat mengundi tersebut.

Kumpulan DAP seramai lapan orang itu diketuai bersama oleh Er dan ADUN Melaka Bandar Hilir, Teh Kok Qiew.

Walaupun mereka telah membuat pemantauan di pusat mengundi itu sejak jam 8 pagi lagi, tetapi Shafie meminta mereka beredar apabila beliau tiba di situ dengan pacuan empat roda pada kira-kia jam 10.30 pagi bersama petugas BN.

Menurut Er lagi, tindak tanduk Shafie itu telah mencetuskan ketegangan antara kedua belah pihak.

Sekumpulan penduduk kaum Iban kemudiannya mengeliling kumpulan BN. Seorang anggota PKR memarahi Shafie kerana kenderaan pacuan empat roda itu dikatakan menghalang laluan utama di kampung tersebut.

Shafie, kata Er, terpaksa membatalkan rancangan lawatannya itu dan beredar dari pusat pengundian itu dengan kawalan ketat.



Er juga berkata DAP menerima banyak aduan mengenai dakwaan membeli undi oleh BN dekat pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Sg Aup.

"Malah seorang penduduk menunjukkan kepada kami wang RM70 yang didakwanya diterima dari BN setengah jam sebelumnya, dan turut memberi kepada k ami nombor kad pengenalannya sebagai bukti," kata Er kepada Malaysiakini melalui emel ringkas.

Ahli parlimen Bakri itu berkata beliau amat menghormati keikhlasan pengundi kaum Iban dan merancang menubuhkan bahagian baru parti itu dalam kawasan Iban selepas pilihan raya kecil Sibu.

malaysiakini



Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive