Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mei 03, 2010

Polis serbu program belia S'gor, seorang pelajar cedera

Hazlan Zakaria
Mei 2, 10
8:00pm

Seorang pelajar kolej cedera malam tadi kerana didakwa ditendang oleh seorang anggota polis yang menyerbu program belia anjuran kerajaan negeri Selangor di Dataran Shah Alam.

Bercakap dalam sidang akhbar di pejabatnya, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak bertanggungjawab terhadap satu perhimpunan aman.

Beliau mendakwa, mereka datang seolah-olah hendak berperang, dengan tiba-tiba menyerbu tempat tersebut tanpa sebarang amaran.

Mohd Nazrul Anwar Mohamad Adli, 20, yang mengikuti pengajian diploma dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik di Kolej PTPL, adalah antara belia yang menyertai program anjuran kerajaan negeri Selangor itu.

Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Azli Yusof yang menganggotai jawatankuasa pengajuran program tersebut berkata beliau terkejut dengan apa yang berlaku malam tadi.

Katanya, program tersebut yang mendapat sambutan menggalakan dari kalangan belia, tamat sekitar waktu tengah malam.

Beliau mendakwa, anggota polis secara tiba-tiba menyerbu ke arah mereka, sambil menendang motosikal mereka yang diletakkan di situ, menyebabkan kumpulan belia itu bertempiaran dari situ.

Ketika itulah, katanya beliau ternampak Mohd Nazrul, dekat Quality Inn, bertembung dengan kereta dan terjatuh.

Menurutnya, Mohd Nazrul bangun dan cuba menunggang motosikalnya, tetapi motosikalnya ditendang oleh seorang anggota polis, menyebabkan dia terlanggar sebuah van yang terletak di situ.

Azli berkata beliau sempat mengambil nama anggota tersebut - seorang konstabel - dan nombor perkhidmatannya.

malaysiakini

Gambar-gambar ihsan dari blog budakbalun:







Share

1 ulasan:

  1. salam SHAH ALAM. kata nak tarik anggota polis dari menjalakan tugas? tapi kenapa masih ada yang kena sepak terajang lagi? macam mana ni? malang sungguh nasib SHAH ALAM! YB SHAH ALAM ana kesian dengan inta,asyik-asyik SHAH ALAM...... TAN SRI KHALID DO SOMETHING TO AVOID SOMETHING! SELANGOR EVERYTHING TO THEM BUT NOTHING.......

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive