Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mei 10, 2010

PRK Sibu : Drama pendek kezaliman BN dibongkar ?



Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Kerajaan Barisan Nasional yang cukup sinonim dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa, mengkayakan kroni, kini diterbitkan dalam bentuk drama pendek bersempena Pilihan Raya Kecil (PRK) yang pengundiannya pada 16 Mei ini.

Video selama 2 minit 40 saat itu mengisahkan negara Malaysia yang dulunya aman dan kaya dengan hasil negeri dan sumber alam semulajadi mula dilanda masalah apabila di mula dipimpin oleh mereka yang tamak dan rakus terhadap negara ini.

Ia turut memaparkan negara ini diperintah oleh seorang wanita yang cukup berkuasa termasuklah sehingga mengakibatkan negara ini dilanda musibah kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan tersebut.

Berikut ialah kata-kata yang terkandung dalam video itu.

“Pada permulaannya, kita tinggal di sebuah negara yang kaya dan aman.

Akan tetapi, segelintir orang telah menyalahgunakan sumber alam tanahair ini dan merampas tanah anda.

Semua sumber alam telah dirampas oleh kroni-kroni mereka.

Ini telah menyebabkan kehidupan anda menjadi semakin susah.

Rasuah, penyalahgunaan kuasa, persubahatan kerajaan dan ahli perniagaan.

Mereka tidak akan berasa simpati terhadap anda, mereka tidak akan mendengar rayuan anda

Bila menjelang pilihan raya, mereka akan memberi anda sedikit faedah.

Bila telah dapat sokongan (daripada) anda, mereka akan bertindak seperti dahulu dan tidak akan mengenang jasa (pengundi).

Akhirnya, mereka mahu anda menampung kehidupan mewah mereka (Pada masa ini dipaparkan rakyat terpaksa menangggung kos kehidupan yang tinggi).

Kita boleh membawa perubahan. Sibu, Jom Berubah!,” katanya dalam video itu yang turut tersebar di terjemahkan dalam bahasa Mandarin dan Melayu.

erapakatan



Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive