Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Julai 21, 2010

Belasah samseng kutip 'tol'


INI DIA...Che Haris menunjukkan kesan kecederaan dilibas dengan pedang.

Oleh Hadzlan Hassan

2010/07/20

KUALA TERENGGANU: Sekumpulan samseng kampung dipercayai sering menunjuk lagak dengan mengutip ‘tol’ di Jambatan Kampung Padang Hangus, Tepoh, dekat sini, akhirnya bertemu buku dengan ruas apabila penduduk membelasah seorang daripada mereka dalam satu kejadian, Jumaat lalu.

Difahamkan, mereka sering menahan kenderaan terutama motosikal melalui kawasan terbabit untuk melakukan peras ugut terutama pada waktu malam, namun perbuatan itu tidak bertahan lama selepas beberapa pengguna yang menggunakan laluan itu membelasah seorang daripada ahli kumpulan berkenaan.

Semuanya terbongkar apabila kumpulan penjenayah terbabit membelasah seorang penduduk dari Kampung Padang Hangus, dekat sini, selepas mangsa cuba meleraikan pergaduhan berhampiran kawasan jambatan terbabit kira-kira jam 10.30 malam.


Mangsa, Che Haris Che Min, 48, berkata dia hanya cuba membantu meleraikan pergaduhan selepas melihat dua lelaki bergaduh di situ sebelum didatangi seorang penunggang motosikal yang melepaskan satu tendangan di belakangnya menyebabkan dia rebah.


“Sebaik berpaling, saya dilibas pula dengan senjata panjang di pinggang sebelum melawan dengan menahan libasan berkenaan di jari dan kemudian berjaya merampas senjata terbabit selepas menendang penyerang saya.


“Ketika itulah orang ramai mula membantu dan saya yang sudah tidak berdaya kemudian melihat senjata panjang yang mulanya disangka kayu pada tangan saya ketika itu sebenarnya pedang. Akibatnya pinggang, badan serta jari saya luka,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


Menurutnya, beberapa individu mengerumuni kawasan itu membelasah lelaki berkenaan sebelum dia meminta suspek diserahkan kepada polis yang kemudiannya membawa mangsa dan suspek ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Terengganu, Superintendan Mohd Zani Che Din, berkata polis hanya menerima laporan mengenai kejadian pukul membabitkan seorang lelaki yang cuba meleraikan pergaduhan di Balai Polis Batu Rakit, kira-kira jam 11.30 malam, Jumaat lalu.

HM


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive