Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Julai 22, 2010

Suhakam gesa kerajaan siasat Penan 'dirogol'

Kerajaan perlu menjalankan siasatan terperinci terhadap nasib wanita dan kanak-kanak perempuan kaum Penan di Ulu Baram, Sarawak yang mendakwa dirogol serta didera secara seksual, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

NONEPengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam, berkata suruhanjaya itu, yang amat bimbang mengenai dakwaan rogol dan penderaan seksual wanita Penan itu, sedang dalam proses menilai tindakan sewajarnya untuk dilaksanakan.

Rogol dan penderaan seksual adalah kesalahan jenayah yang serius dan isu yang amat membimbangkan Suhakam, terutama berhubung keselamatan, kebajikan dan maruah wanita serta kanak-kanak perempuan Penan, katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau menggesa polis dan agensi berkaitan yang lain supaya memulakan siasatan mereka terhadap dakwaan itu, dan menimbangkan merit beberapa laporan lain bagi memastikan penjenayah terbabit dihadapkan ke muka pengadilan.

NONE"Mangsa pula perlu digalakkan supaya tampil dan memberi kenyataan, dilindungi daripada sebarang tindak balas disebabkan keterangan mereka dan tidak diugut atau dianiayai oleh pihak berkuasa," katanya.

Beliau berkata dakwaan itu diketengahkan kepada umum menerusi media pada 2008 dan sekali lagi dilaporkan dalam penerbitan terbaru oleh gabungan badan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Penan Supports Group.

"Laporan pencarian maklumat pasukan petugas yang diwujudkan pada 2008 oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mendedahkan keterangan berhubung penderaan, dan beberapa syor berkaitan faktor lain yang menyumbang kepada penderaan turut dimasukkan dalam laporan berkenaan," katanya.

MK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive