Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Julai 21, 2010

Polis batal lagi geledah ibu pejabat PKR


Polis membatalkan lagi tindakan menggeledah ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini walaupun berjaya mendapat waran daripada majistret.

NONEKetua Komunikasi PKR Johnson Chong berkata beberapa orang anggota polis daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Seremban membatalkan perkara itu setelah didapati waran yang dibawa "rosak" dan "ada kesilapan teknikal".

Sebelum itu, kira-kira 11.30 pagi tadi, berikutan siasatan terhadap seorang ahli majlis pimpinan pusatnya Badrul Hisham Shaharin, polis tiba di tempat kejadian bagi mendapatkan komputer yang digunakan oleh penulis blog itu.

Kelihatan sekurang-kurangnya tujuh polis lengkap berpakaian seragam berada di ibu pejabat parti itu tengah hari tadi.

Badrul bagaimanapun tidak berada di pejabat pada masa itu.

Menurut ketua penerangan PKR Latheefa Koya kedatangan polis berkenaan tidak diumumkan dan dilakukan secara mengejut.

Pada 9 Julai lalu, Polis menahan Badrul di Jalan Rahang dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Seremban untuk dirakamkan kenyataannya berhubung tulisan dalam blognya.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh dilporkan berkata pihaknya mahu merakamkan kenyataan Badrul "kalau ada perkataan dalam blognya itu berunsur menghasut terhadap Yang di-Pertuan Agong dan juga institusi raja".
NONE
Katanya, kes itu disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.

Bercakap kepada pemberita selepas pihak polis beredar hampir jam 1 tengah hari tadi, Johnson berkata setelah berunding, kedua-dua pihak bersetuju supaya operasi menggeledah ibu pejabat PKR dibatalkan.

Ini kerana, katanya, waran berkenaan tidak menyatakan tujuan penggeledahan itu dibuat serta tidak menyatakan ia berhubung siasatan bawah kes apa.

Johnson (bawah, kiri) juga tidak pasti sama ada polis akan datang semula bagi tujuan itu ke pusat pentadbiran PKR itu selepas ini.

NONE"Itu mereka runding langsung dengan Badrul," katanya.

Pada 12 Julai lalu, polis telah membatalkan hasrat memeriksa ruang kerja Badrul buat kali pertama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan ACP Zaki Masroh
berkata mereka membatalkannya kerana panggilan daripada pegawainya tidak dijawab oleh Badrul.

Sementara itu, Badrul Hisham ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini berkata beliau telah menyerahkan komputer ribanya di ibupejabat polis Seremban.

Katanya, beliau ke balai tersebut pada jam 5.30 petang dan beredar sejam kemudian.

"Polis berjanji akan memulangkan komputer riba itu dalam tempoh tiga atau empat hari lagi selepas diperiksa oleh pegawai forensik.

"Tidak ada soal siasat, cuma pihak polis merakamkan percakapan saya mengenai penyerahan komputer riba tersebut," katanya Badrul Hisham yang juga ketua PKR cabang Rembau.

Kira-kira 15 penyokongnya, termasuk ADUN Paroi dari PAS, Taufek Abd Ghani, hadir sama untuk memberi sokongan kepadanya.

MK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive