Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Julai 27, 2010

Hubungan Sulit Saiful-Pendakwaraya Cabul Ketelusan Kes Fitnah II

Oleh Fazli Othman


SHAH ALAM 26 Julai - Sankara Nair, salah seorang peguam pasukan pembela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah II telah menghantar surat kepada Peguam Negara hari ini mendesak penjelasan berhubung dakwaan penulis blog terkenal, Raja Petra Kamarudin mengenai jalinan sulit antara seorang timbalan pendakwaraya wanita dengan saksi utama pihak pendakwaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Ketika dihubu8ngi Suara Keadilan, Sankara menyifatkan dakwaan Raja Petra sebagai serius dan mempunyai implikasi serius perundangan terhadap prosiding kes berkenaan.
"Walaupun Saiful adalah beliau pengadu tetapi beliau merupakan saksi utama kes berkenaan. Jika dia tahu mengenai butiran siasatan itu hasil hubungan beliau dengan pendakwaraya tersebut itu sudah tentunya akan memberi kesan yang amat besar kepada kes terbabit.
"Pihak kami telah menghantar surat kepada pejabat Peguam Negara pukul 4.30 petang tadi untuk mengetahui sama ada dakwaan itu benar," ujar beliau mengulas dakwaan yang disiarkan portal web MalaysiaToday minggu lalu.
Tambah Sankara, pihaknya kini sedang menunggu jawapan daripada pihak Peguam Negara berhubung dakwaan itu sebelum mengambil langkah selanjutnya.
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mengatakan sebarang keputusan sama ada pendakwaraya wanita itu akan kekal dalam pasukannya akan diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.
Walau bagaimanapun, Mohd Yusof enggan menyatakan sama ada peguam wanita itu akan digugurkan atau sebaliknya.
Pasukan pendakwaan terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina Latif.
Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes Fitnah II ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh cuti sakit selama dua minggu.

SK


3 ulasan:

  1. Tanpa Nama27/7/10 8:26 PG

    perempuan tu mungkin janda kot, dah lama tak dapat tongkat untuk berdiri, tongkat sayfool pun kira boleh le, janji hidup, syabas malaysia darul kartun

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama27/7/10 9:05 PG

    raja petra yang cakap???? hahahahahaha

    BalasPadam
  3. bukan tongkat sialfool tu patah ka? ada jugak pompuan mau kt lubang kondem ek?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive